Bapa miskin terpaksa mencuri telefon untuk anaknya.

 

Keadaan hidup yang sangat miskin telah mendesak seorang bapa untuk mencuri telefon bimbit untuk anaknya. Kisah menyedihkan ini berlaku di Kampung Cilelang, Desa Jati, Tarogong Kaler, daerah Garut, Jawa Barat Indonesia. 

Anjang (40 tahun) nekad mencuri telefon bimbit milik jirannya kerana tidak sanggup melihat anaknya sukar untuk belajar di rumah kerana tidak mempunyai telefon bimbit untuk pembelajaran online. Anaknya telah tertinggal 10 hari pembelajaran daripada sekolah. 

Pada saat itu jirannya Saat Ahmad Teguh (34 tahun) telah melacak telefon bimbit milik ayahnya dan menemui di rumah jirannya. Sampai di sana, ia mendapati sebuah rumah pondok sangat usang. Teguh dapati, hp tersebut digunakan untuk pembelajaran online anak Anjang. 

Beliau sangat tersentuh, kerana melihat seorang bapa sanggup mencuri untuk pembelajaran anaknya. Oleh itu, Teguh tidak melaporkan kes tersebut kepada polis dan memaafkan kesalahan Anjang. Teguh menyatakan Anjang tidak berniat buruk, bahkan ketika mencuri terdapat sebuah lagi hp berserta laptop . Tetapi Anjang hanya mengambil hanya sebuah hp sahaja. 

Anjang mengakui kesalahannya dan memohon maaf kepada bapa Teguh,  pemilik hp tersebut. Ketua Peguam Daerah telah mengadakan lawatan mengejut dan melihat keluarga ini sedang menikmati sebungkus mee segera yang dikongsi oleh 5 beranak. Detik- detik hiba dan memilukan itu dapat difahami bagaimana kesusahan hidup mereka, dan tidak akan mampu membeli sebuah hp untuk anaknya belajar. Beliau turut menyumbangkan beberapa barang keperluan harian, alat tulis dan sebuah hp untuk kemudahan pembelajaran anak- anak Anjang. Anjang dinasihati supaya tidak melakukan kesalahan tersebut  kerana boleh dihukum dengan tindakan undang-undang selepas ini. 

Anjang merupakan seorang  petani, yang tinggal dipondok berasaskan bambu. Beliau memperoleh pendapatan 50 000 rupiah bersamaan dengan  RM 14.56 sen sehari. 

Sumber: M.merdeka.com dan tribunnews.com

Post a Comment

0 Comments