Resepi daging ' Harimau Menangis ' Aunty Tini milik LELAKI INI!


Heboh dua, tiga hari ini berkaitan dengan daging 'harimau menangis'. Pagi ini kita dikejutkan oleh Pengarah Myipo sendiri menengaskan bahawa hak dagangan 'daging harimau menangis' belum lagi diluluskan. Oleh yang demikian, mana-mana pihak tidak boleh melarang memakai hak dagangan tesebut. Sebelum ni, tular sebuah video Auntie Tini  iaitu ibu kepada Neelofa yang melarang menggunakan nama menu daging harimau menangis kerana sudah memohon untuk di 'pattern' kan. 

Sehubungan itu, warga net dan peniaga kecil-kecilan berang dengan video yang tersebar tersebut. Memandangkan daging harimau menangis adalah nama menu yang sudah digunakan rakyat Malaysia sejak sekian lama dan telah dikomersialkan oleh peniaga restoran, warung tepi jalan dan juga peniga dari rumah. 

Pagi tadi, seorang pengguna facebook bernama Farhan Yaacob menegaskan bahawa beliau telah menjual daging harimau menangis tersebut sejak sekian lama di restoran berkonsep Siam milik beliau. Lebih mengejutkan, resepi daging harimau menangis yang dikomersialkan oleh Auntie Tini adalah resepi daripada beliau. Malahan beliau tidak keberatan untuk berkongsi resepi atas dasar ikatan kekeluargaan. Melalui posting beliau,  beliau tidak kisah jika resepi daging harimau menangis tersebut di komersialkan, tetapi beliau terkilan bahawa menu daging harimau menangis tersebut telah dipatternkan oleh Auntie Tini. Sedangkan beliau juga menjual daging harimau menangis sejak sekian lama.

Walaubagaimanapun, posting terbaru encik Farhan memohon maaf andai pendedahan beliau sebelum ini mengguris hati Auntie Tini dan perniagaan beliau. Diharapkan perkara ini tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dalam suasana harmoni

Untuk info, korang tau tak apa itu 'daging harimau menangis'? Daging harimau menangis disebut 'Brisket'.   Brisket adalah daging yang berlemak dan sangat sedap dimakan. Jadi, jika harimau menjadikan lembu sebagai mangsanya. Maka daging Brisket inilah yang harimau akan makan kerana kelazatannya. Daging Brisket ini hanya 6kg hingga 7kg pada setiap seekor lembu. Faham tak betapa berharganya daging ini? Dan disebabkan kelazatan daging tersebut, harimau diandaikan makan sambil menangis. So jadilah nama ' daging harimau menangis'.


Sumber: Farhan Yaacob

Post a Comment

0 Comments