(Foto) - Majlis Persandingan Pakcik dan Makcik INI, ada juga mulut jahat kata dah tua merenyam

 


Wah! Tahniah sekali, dan beribu-ribu kali kami warganet mengucapkan. Siapa sangka jodoh kembali lagi, semuanya aturan Allah swt. 

Apa lagi inilah masanya, saling berbahagia, sebab anak kita dah hidup jauh-jauh, masing-masing dengan pilihan hidup mereka, anak hidup jauh disebabkan kekangan kerja, ikut suami. Jadi bagilah ayah dan mak ini terima hak mereka.

Siapa kata, dah tua tak usahla merenyam cari pasangan, duduk je kat rumah, even pasangan muda pun ada juga jodoh tak bahagia, takkanla kerana usia jodoh ini perlu dihalang. 


Ada juga yang kata dah tua-tua pun bernafsu nak buat pun dah tak larat, excuse me, sebenarnya semua insan inginkan kasih sayang bukan sebab benda tu je, ingat lagi bertambah usia mak ayah kita, semakin tu la mereka perlu kasih sayang. Hidup sorang-sorang pun bosan dan kau sebagai anak pun balik jenguk mak ayah berbulan sekali, sakit pening siapa nak jaga. Kan! Betul tak.

Jadi bila dah jodoh gini, berbahagialah dan mengucap syukur, kerna Allah masih lagi ciptakan seorang peneman untuk si dia.

Tolong jangan pandang serong, orang bina masjid kita perlu bangga dan muhasabah diri, sebab percaturan Allah rahsia tapi tetap berlaku kalau Allah katakan ya. 

Apa-apa pun warganet ucap tahniah kepada pakcik dan makcik, dengan sekali lafaz dan majlis persandingan boleh la senyum-senyum happy ya tengok gambar kahwin.

Sumber: Facebook Kartini Dila

Post a Comment

0 Comments