Guan Eng kabo hanya PH jer boleh selamatkan feri Pulau Pinang - Beno ke kata netizen

Di dalam gambar Guan Eng bersama orang kanan dan pengikutnya menaiki feri dari Terminal Raja Uda dan sampai di Terminal Sultan Abdul Halim Butterworth sebagai kenangan terakhir dengan feri berkenaan sejak 126 tahun lalu. 

Pulau Pinang - Harini Guan Eng memberi ucapan umum kepada rakyat Malaysia hanya PH saja yang boleh selamatkan feri ikonik ini, jika PH kembali berkuasa Kerajaan Persekutuan.

Dalam ucapan oleh Ahli Parlimen Bagan itu, beliau berkata satu kesedihan dan kerugian besar perkhidmatan tertua di Pulau Pinang itu akan ditamatkan esok dan digantikan dengan bot laju atau katamaran.

Menurut beliau lagi rakyat Pulau Pinang akan ingat apa yang kerajaan Perikatan Nasional buat pada mereka, kerana cuba melenyapkam warisan budaya negeri itu.

Kalau "Anthony Loke Siew Fook masih lagi Menteri Pengangkutan kita feri ikonik dapat diselamatkan tapi apakan daya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tidak mampu buat apa-apa" katanya.

Semasa saya jadi Menteri Kewangan sebelum ini, saya beri syarat kepada syarikat swasta yang menguruskan feri ikonik supaya teruskan menggunakan feri ini dengaj balasan kami membantu dana RM30 juta bagi peruntukan, namun syarat ini diabaikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

Guan Eng sendiri menafikan yang PH tidak memgambil peduli langsung tentang feri ikonik selama mereka menjadi kerajaan 22 bulan.

Katanya lagi dahulu mereka sudah mencadangkan feri ikonik dan bot laju dibuat bersama jadi dapatlah pengunjung memilih sendiri mereka mahu memilih yang mana.

Dengan cara itu, khazanah negeri mahupun negara dapat dikekalkan bukannya melenyapkan warisan budaua sesebuah sejarah itu.

Sebagai negeri yang diikitiraf Bandar Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pertukaran feri ini adalah kehilangan besar dalam sejarah negara dan saya tidak akan putus asa untuk selamatkan dan berjuang demi feri kita ini.

Bermula 1 Januari 2021, Hari ini merupakan hari terakhir bagi perkhidmatan feri. Feri Angsa hanya sebuah sahaja diteruskan untuk membawa pengguna bermotosikal dan berbasikal sahaja.

Manakala, bagi pejalan kaki, akan menaiki bot laju, bagi pengguna kereta pula tidak  boleh lagi menggunakan perkhidmatan ini, kereta boleh melalui dua jambatan yang telah disiapkan.

Tinjauan berita, ramai juga tidak ketinggalan untuk menaiki feri ikonik buat kali terakhir, sebelum ia dihentikan pada jam 12 malam nanti.

Berlaku kesesakan luar biasa, sehingga pengguna sanggup menunggu ratusan bilangan kereta  dan dijangka berlarutan sehingga malam nanti.

Sinar harian

Post a Comment

0 Comments