Jual Minyak Terpakai Dapat Duit!!

 


Kempen kumpul minyak masak terpakai ni dah lama ada. Tapi tak ramai lagi orang nak buat. Eloklah time pkp ni kita mulakan langkah berjimat. Setiap hari  makan, setiap hari guna minyak. Apa kata lepasni jangan buang minyak macam tu je. Baik kumpul kat dalam botol minyak yang tidak digunakan lagi. Boleh buat duit. 

Bagi 1kg minyakterpakai, korang boleh dapat rm1.20 hingga rm 1.50 mengikut kawasan masing-masing. Untung tak? Korang kumpul banyak-banyak baru jual. Takpe kumpul lama mana pun. Minyak tu berbau pun takpe, yang penting jangan campur air. Memang kena reject terus. Tak boleh jual. Korang letak je minyak terpakai tu dalam botol minyak kosong, dah kumpul banyak baru jual ok! 

Minyak terpakai tu,  kalau korang buang kat longkang atau sinki. Pertama, sinki dan longkang korang akan cepat tersumbat dan kedua, ia akan merosakkan alam sekitar terutama hidupan dalam air. Kalau jual minyak masak ni, alam sekitar terpelihara, duit dapat, encik suami pun tak letih nak suruh baiki sinki tersumbat kan?? 

Minyak tu nanti nak buat apa? Buat minyak bungkus ke? Tak! Tak! Minyak ni akan ditukar untuk dijadikan biodiesel untuk keperluan pengangkutan berat macam lori dan lain- lain. Banyakkan manfaatnya. Jom simpan minyak masak daripada sekarang. 

Kat mana nak jual? Ok disini ada senarai kawasan setiap negeri korang boleh jual. Ataupun korang boleh taip kat facebook agen jual minyak masak terpakai berdekatan kawasan korang.  

*Kuala Lumpur

Alam Flora Buy Back Center, Jalan Bunus

Gateweld Sdn Bhd, Taman Setapak

Syarikat Dinar, Jalan Gombak

Thanam Industry Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin

*Putrajaya

Alam Flora Presint 9

Alam Flora Presint 15

Putrajaya Recycling Centre

*Selangor

Pusat Kitar Semula Seksyen 17 Shah Alam

Pusat Kitar Semula SS17 Subang Jaya

Pusat Kitar Tasik Serdang Ria

Cyberjaya Recycling Centre

Fathopes Energy Sdn Bhd, Kampung Subang Baru

Big Tree Waste Disposal Sdn Bhd, Cheras

Pusat Biomas Bersepadu MPSJ, Puchong

*Perak

Membeli Minyak Masak Terpakai, Taman Indah, Ipoh

*Pulau Pinang

Fatbusta Asia Pacific Sdn. Bhd. , Simpang Ampat

Sustainable Biofuels Malaysia Sdn. Bhd. , Simpang Ampat

*Kedah

Pusat Komuniti Lestari Taman Tunku Sarina (Green Community Centre), Jitra

SP Recycle Industry, Sungai Petani

TRASH4CASH, Alor Setar

Engineered Products & Services Sdn. Bhd., Kulim

*Perlis

Iyan Trading Sdn Bhd, Arau

*Kelantan

Facebook – Pembeli Minyak Masak Terpakai Kota Bharu

Facebook – Minyak MASAK Terpakai Kelantan, Kok Lanas

*Terengganu

Biodiesel Minyak Masak Terpakai Besut, Setiu, Kuala Terengganu

Pembeli Minyak Masak Terpakai – MGI

*Pahang

Alam Flora Sdn Bhd, Tanah Rata

Hiap Huat Chemicals Sdn Bhd, Bentong

PT Waste Recycling Industry, Kuantan

*Johor

Pembeli Minyak Masak Terpakai – MGI

Agricode Green Sdn. Bhd., Senai

Five Star Recycle (Kluang) Sdn Bhd

Chemalaya Sdn Bhd, Tanjung Langsat, Pasir Gudang

*Melaka

Evergreen Oil & Feed Sdn Bhd, Batu Berendam

Minyak Masak Terpakai, Alor Gajah

*Negeri Sembilan

Kualiti Alam Sdn. Bhd., Port Dickson

Skubai Trading, Pajam

EGA Recycling Sdn. Bhd, Nilai

EcoOils (Negeri Sembilan) Sdn. Bhd

*Sabah

Membeli Minyak Masak Terpakai, Kota Kinabalu

*Sarawak

E-Concern (M) Sdn Bhd, Miri

Kuching Intregrated Waste Management Park (KIWMP), Kuching

Preserve Green Recycle, Kuching

*Labuan

Safe & Clean Oil Recycle Sdn Bhd, Jalan Patau-Patau

Sumber: jimatkaki, nadz.my

Post a Comment

0 Comments