Kecomelan Nur Fatima Aisya bukan lagi rahsia

 

Hari ini tepat 1 Januari 2021  artis sensasi Fazura dan Fattah Amin telah memeperlihatkan wajah anak mereka kepada umum. Sebelum ini netizen berteka -teki dan ada yang tak sabar nak melihat wajah anak perempuan mereka. 

Nur Fatima Aisya telah dilahirkan 2 Oktober 2020 bersamaan dengan 14 Safar 1442 hijrah. Kecomelan Nur Fatima Aisya yang kini berusia 2 bulan sungguh mewarisi ketampanan dan kecantikan wajah ibu ayahnya. Manakan tidak, ayahnya sendiri Fattah Amin tersenarai 100 lelaki paling kacak di dunia oleh TC Candlers.  

Fatah Amin, 31 tahun  dan Fazura, 38 telah berkahwin pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Setelah 3 tahun berkahwin, 17 April 2020 Fazura telah disahkan hamil 4 bulan. 


Ia menjadi tahun paling manis buat pasangan romantis ini. Kini Fazura dan Fattah Amin sibuk menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa. Malahan Fattah Amin dikatakan tidak kekok untuk menjaga bayinya.  Moga Nur Fatima Aisya membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu dan bapa. Tahniah kami ucapkan! 


Sumber Instagram Fattahaminz dan Missfazura

Post a Comment

0 Comments