Kisah Dawniell selepas 17 tahun, sapala beliau kalau disebabkan ahli bomba itu

Pada tahun 1998 semasa kebakaran berlaku di sebuah rumah di California, seorang bayi bernama Dawniell Davison telah diselamatkan pihak bomba dari kebakaran rumahnya.

Namun pada tahun 2015 setelah berusia 21 tahun Dawnielle diijazahkan dalam bidang kejuruteraan oleh Universitinya.

Dawnielle yang sebelum Majlis Konvokesyennya sempat menjemput ahli bomba yang menyelamatkannya dan mengucapkan terima kasih.

Ikuti kisah beliau: 

Ahli bomba ini telah dijemput ke majlis penyampaian ijazah gadis bernama Dawnielle Davison yang diselamatkannya 17 tahun lalu dalam kebakaran rumah. Mike Hughes, 61, berkata dia sangat gembira dapat melihat kejayaan gadis yang diselamatkannya dari buaian ketika berusia 9 bulan. 

"Ketika tiba di tempat kejadian, rumah itu terbakar teruk. Saya dan rakan meluru ke dalam kerana disyaki ada seseorang dalam rumah itu", Mike mengimbau kembali. "Pintu biliknya sedikit terbuka dan dia dalam buaian sedang memusingkan badan lantas saya menyambarnya dan terus beredar", kata Mike.

"Tanpa awak dan rakan, mungkin saya tak berada disini", kata Dawnielle.


Pengajaran, buatlah kebaikan walau sebesar zarah mungkin jadi asbab kita menyumbang kebahagiaan yang besar dalam kehidupan orang lain.

Dah baca artikel ini sila like komen dan share.

Sumber:CNN

Post a Comment

0 Comments