Pantang larang dalam rumahtangga yang suami isteri wajib tahu

 

Pasangan yang hadir di dalam hidup kita adalah satu anugerah Allah swt jadikan, namun juga kita perlu ingat batas-batas perkara supaya tidak berlaku di dalam rumahtangga supaya kekal harmoni dan aman, di sini ada beberapa info atau tips yang dikongsi oleh seorang pakar motivasi tanah air. Antaranya:

1) Jangan Memuji Orang Luar 

Jangan memuji orang luar seperti jiran tetangga, saudara mara di hadapan suami atau isteri yang boleh membangkitkan rasa cemburu dan tak senang hati pasangan. Bergantung pada isu, ia lebih kepada soal menjatuhkan maruah seseorang.

2) Jangan Berbohong

Jangan cuba bercakap dusta, tipu dan tak kotakan janji, kerana tiada tempat si pembohong di dalam syurga, Ingat rumah pertama bagi seseorang dalam syurga syaratnya adalah suka bercakap benar.

3) Jangan abaikan pasangan

Jadila pasangan yang boleh mendengar masalah, luahan daripada pasangan kita. Luangkan sedikit masa untuk menjadi pendengar yang setia, ini membuat kita menjadi hubungan lebih baik.

4) Jangan tinggi suara

Jangan sesekali meninggikan suara kepada pasangan kita, tegurlah cara berhemah dan lemah lembut, ingat nak surutkan api bukan tambah api tapi dengan kebijaksanaan.

5) Elakkan jauh daripada isteri

Jangan suka meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab munasabah, elak berada jauh daripada isteri walau ketika dia sedang haid.

6) Sentiasa mengaku kesalahan

Setiap kali buat salah perlu minta maaf, dan bersedia untuk mengaku kesalahan, jangan merasakan diri sentiasa betul setiap masa. Kadang-kadang kita terlupa yang kita ni sebenarnya bukan terlalu sempurna.

Sumber: Info bahagia

Post a Comment

0 Comments