Pemuda ini bernikah dengan mahar sepasang Betta Blue Rim bernilai 2.5 juta

 


Sepasang suami isteri selesai diijabkabul dengan mahar jarang dibuat orang iaitu sepasang Betta Blue Rim bernilai 2.5 juta rupiah.

Suami bernama Rizki Muhamad dan pasangannya Indri dari wilayah Pangkalan Dua Kota Bekasi selamat dikahwinkan.

Atas desakan hidup dan norma baharu, mereka bernikah di pejabat Agama Kota Bekasi oleh seorang kadi. Namun, disebabkan kurang buyer kerana Covid19, Rizki Muhamad menjadikan sepasang Betta Blue Rim sebagai mahar kepada isteri.

"Bagi saya ia satu berinilai, dan isteri pun minat dengan Betta jadi bukan setakat mahar dia dijadikan sebagai koleksi kami" katanya.

Pasangan yang bernikah bulan lalu ini, menyatakan ikan Betta jenis Blue Rim ini sebagai mahar bernilai 2.5 juta rupiah.

Selain kerana hobi, ikan ini dijadikan mahar kerana ia perkara luar biasa belum banyak dilakukan orang dan menjadi kenangan seumur hidup.

Sebuah video pendek di bawah majlis perlangsungan akad nikah mereka.


Sumber: Kompas TV

Post a Comment

0 Comments