(Kisah) - " Sejak 'Abang' pergi setiap hari adik merengek mencari 'Abang', Sungguh cepat 'Abang' tinggalkan semua

 


Perkongsian daripada facebook Cikha Azemi, rasa terbayang-bayang kelakuan anak, rindu wajah anak, yang telah pergi seminggu lepas. Tahun 2021 ini perancangan si ibu ayah nak hantar 'Abang' ke sekolah tapi Allah lebih sayang 'Abang'.

Melalui saat sukar, bila anak jatuh tangga namun punca bukanla disebabkan tergelincir, tapi disebabkan jantung terhenti dan pengsan. Walaubagaimanapun, si ibu redha ketentuan Ilahi dan mengharap semua yang terjadi ini hikmah anak syurga menarik kami ke syurgaNYA ya Allah.

Merupakan anak sulong, si adik kecil selalu tercari-cari di mana abangnya, inginkan watak 'Abang' yang ceria dan aktif selalu bermain dengannya. Bergelinangan air mata keluarga ini.

Sedikit perkongsian luahan hati seorang ibu ditulis di Facebooknya:

Assalamualaikum... Harini cukup seminggu abang telah pergi meninggalkan semua... Ibu rindu abang sangat²... Rindu gelak tawa abang.. Rindu abang panggil ibu... Abang anak yang sangat ceria sangat aktif...  Ibu rindu semua tentang abang.. 

Perancangan ibu di tahun 2021 ni ibu & abi nak hantar abang sekolah... Nak abang bergaul dengan ramai kawan² tapi Allah maha mendengar siapa sangka Allah makbulkan doa ibu & abi.. abang sedang bermain dengan ramai kawan² abang sekarang... 

Perancangan ibu lagi.. ibu nak pindah rumah tahun ni nak cari yang lebih selesa & lebih luas untuk abang bermain dengan adik... Itupun Allah makbulkan... Abang dapat lebih dari apa yang ibu & abi impikan... Allahuakbar... Sesungguhnya Allah maha mendengar... Allah lebih sayangkan abang... Allah tahu yang terbaik untuk abang.. Ibu tahu abang sedang bahagia di rumah baru abang.. 

Abang... Ibu terlalu rindukan abang wahai penghuni pertama rahim ibu... Takkan ada yang boleh menggantikan tempat abang dihati ibu sayangku.. Abang... Sejak abang pergi setiap hari adik merengek mencari abang.. Semalam & harini badan adik panas... Adik demam deman rindukan abang.. Semua belum puas bermanja dengan abg sayang... Sungguh cepat abang pergi tinggalkan semua sayang.. Tapi ibu bersyukur selama 3tahun 8bulan Allah pinjamkan abang pada ibu & abi... Terlalu banyak kenangan² kita bersama sayang... Akan ibu ingati sampai akhir hayat ibu sayang... Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...

YA ALLAH... HAPUSKANLAH SEGALA KESEDIHANKU & SUAMIKU..  BERILAH AKU KEKUATAN DALAM MENGHADAPI UJIANMU INI... SESUNGGUHNYA AKU REDHA DENGAN SEMUA YANG TERJADI... SEMOGA ANAKKU MENJADI ASBAB UNTUK AKU & SUAMIKU KE SYURGAMU YA ALLAH...

KHALIQ ARSYAD BIN AMIRUL FARID... IBU BANGGA ALLAH HADIRKAN ABANG DALAM HIDUP IBU... BEREHATLAH SAYANG DI SYURGA ALLAH YANG ABADI... 

ANAK SOLEHKU ANAK SYURGAKU..

SENTIASA DALAM INGATAN..

KHALIQ ARSYAD BIN AMIRUL FARID

16/04/17 - 10/01/21


Mari kita sedekahkan alfatihah kepada anak syurga ini, semoga ibu dan ayahnya tabah hadapi ujian ini.

Sumber: Cikha Azemi


Post a Comment

0 Comments