Poster Komunis Mencemar Kedaulatan Negara

 


Baru-baru ni telah kecoh di media sosial, beberapa rakyat kita sempat memuat turun gambar-gambar perjuangan komunis yang dilekat di dinding sebuah restoran di Pulau Pinang, yang mana gambar seorang tokoh komunis bernama Mao Tze Dong.


Wallpaper tersebut juga berunsurkan pemujaan gambar perjuangan parti komunis. Ini serba sedikit menggusarkan hati-hati rakyat kerana Malaysia sebuah negara berdemokrasi, ideologi komunis ini telah lama terhapus selepas kita mengecapi kemerdekaan.

Menurut sumber facebook Megat Hisemudin Megat Kasim, terdapat beberapa tulisan yang beliau translatekan, kita ikuti apakah makna di sebalik susunat ayat itu.

"Katanya - saya terjemahkan seperti berikut: 

在本店消费后影响很大 Pengaruh besar setelah berbelanja di kedai ini 

恋爰成功了 Berjaya dalam bercinta

大学考上了 Berjaya masuk universiti

合同签成了 Berjaya dalam menandatangani perjanjian

奖金翻倍了 Hadiah berlipat kali ganda

职位高升了 Jawatan naik tinggi lagi

彩票中奖了 Loteri dah menang

好运爆棚了 Nasib yang baik menjadi-jadi

心想亊成了 Apa yang dihajati akn terlaksana. 

Menurut beliau lagi, di bawah tulisan itu ada lukisan dua orang memakai uniform hijdau dengan topi bintang satu melambangkan perjuangan komunis. Namun, semalam pihak polis telah datang ke restoran tersebut untuk menanggalkan wallpaper dan satu siasatan telah dibuka.

Menurut laporan lagi, dipercayai wallpaper itu berasal dari negara China ada juga sumber mengatakan pemilik restoran adalah warganegara China. Jika benar dakwaan itu, ia menjadi perkara biasa di China, sebab itu adalah ideologi mereka.

Namun jika ada niat tersembunyi dan wallpaper itu dibawa ke Malaysia yang mana kita pernah alami zaman penentangan komunis maka ia amatlah sensitif kepada rakyat di negara ini.

Walaupun susunan atau nukilan ayat itu  diterjemahkan tidak membawa maksud kepada ideologi komunis, namun imej Mao Tze Dong dan karikatur perjuangan komunis adalah menyalahi undang-undang negara. Mungkin ini satu bentuk propaganda atau berani mencabar rakyat negara ini. 

Credit: Megat Hisemudin Megat Kasim

Post a Comment

0 Comments