Rumah runtuh tak sampai 5 minit


Pahang: Semalam dua rumah unit berkembar runtuh di Taman Gambang Damai Kuantan. Berita ini mengekutkan jiran yang sedang tidur. Ia berlaku pada pukul 3.30 pagi semalam. Sebelum ini taman tersebut telah dilanda banjir besar dan mungkin aliran air bawah tanah menyebabkan tanah tersebut runtuh dan sekaligus memusnahkan rumah.

Sebelum ini, rumah di kawasan tersebut mengalami keretakan di bahagian lantai hadapan, dalam rumah dan tiang patah. Jika diteliti kedudukan rumah juga di bina di kawasan cerun. Hujan berterusan, banjir dan kedudukan rumah di cerun sedikit sebanyak menyumbang kepada tanah runtuh. Rumah tersebut seratus peratus ranap. 



Menurut kejiranan di situ, mereka juga berasa takut dan risau jika berterusan berada di dalam rumah. Ada yang mengambil inisiatif untuk berpindah sementara waktu. Di laporkan tiada kemalangan jiwa berlaku kerana penghuni terlebih dahulu sudah keluar daripada rumah. Pasukan bomba juga turut mengarahkan kejiranan di taman tersebut supaya mengosongkan rumah. 

Takziah kepada pemilik rumah terbabit. Musim banjir kena jaga keselamatan. Ramai yang dilaporkan meninggal, cedera dan kehilangan harta benda. Diharap kita semua dilindungi Allah dan selamat dari sebarang musibah yang tidak diingini. 

Sumber: Berita tv9, Berita Harian , FB

Post a Comment

0 Comments