Semakan status permohonan i-Sinar dibuka sekarang! Baca dengan teliti

21 Disember i-Sinar telah di buka untuk membuat permohonan pengeluaran wang KWSP daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk kategori pertama. Kategori pertama terdiri daripada pekerja yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut, tidak mencarum dalam tempoh masa yang lama dan pekerja yang bekerja sendiri.  

Hari ini 4 Januari 2021, semakan i-Sinar telah dibuka. Pencarum dapat mengeluarkan wang KWSP dalam akaun 1 yang telah diketahui jumlahnya semasa membuat permohonan sebelum ini. Di bawah disertakan langkah demi langkah semakan keputusan i-Sinar. 

1. Pertama masuk ke laman web isinar.kwsp.gov.my

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon 



3. Baca dengan teliti sama ada permohonan di luluskan atau tidak. Tarikh pengeluaran wang juga turut diberitahu. 


Nota Penting:

-Tarikh pengeluaran wang berbeza mengikut tarikh permohonan i-sinar. Jika lambat memohon maka pengeluaran wang juga turut terlewat. Di atas adalah contoh tarikh pengeluaran wang. Boleh semak sendiri untuk mengetahui tarikh pengeluaran wang masing-masing

-Pada yang belum  memohon i-sinar, boleh membuat permohonan sehingga 30 Jun 2021. Pastikan kemas kini telefon bimbit di pejabat KWSP sebelum membuat permohonan secara online. 

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang berjaya mengeluarkan wang caruman KWSP. Gunakan sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan dalam waktu kecemasan ini. Moga bermanfaat untuk semua

Sumber: KWSP 

Post a Comment

0 Comments