(Video) - Penemuan benda ganjil di dalam sosej mentah diuji melalui mikroskop.

Sosej atau hotdog merupakan makan segera yang sangat sedap. Ia antara produk makanan segera yang paling murah dan senang disediakan sama ada digoreng, kukus atau bakar. Kini sosej juga dikeluarkan dengan pelbagai perisa seperti sosej cheese, sosej smoke, sosej blackpapper dan pelbagai lagi.

Suatu ketika dulu pada tahun 2005, Malaysia pernah digemparkan dengan dengan isu sosej usus babi. Sebuah kilang didapati telah menproses sosej menggunakan usus babi sebagai kulit sosej. Sejak daripada itu, rakyat Malaysia mula memboikot sosej dan ada yang tidak mahu membeli produk makanan tersebut sehingga ke hari ini. Tambah mengecewakan soesj usus babi tersebut telah menggunakan logo halal palsu. Ia membangkitkan kemarahan ramai pihak. 

Pada hari ini pula, sebuah video viral di facebook menunjukkan sosej yang baru sahaja dipotong dan diletakkan di bawah mikroskop. Alangkah terkejut bila melihat pelbagai bendasing seolah-olah seperti helaian bulu, serangga dan beberapa bebdasing yang tidak dapat dipastikan.

Tidak dipastikan sumber asal video tersebut, namun dapat dilihat ia seperti daripada negara China.


Walau bagaimanapun, diharapkan agar pihak Kementerian Kesihatan dan Bahagian Halal JAKIM dapat memantau  barang makanan yang diproses dan dikilangkan di Malaysia supaya dapat mengeluarkan produk yang  lebih terjamin kesuciannya,  benar-benar berkualiti, bebas daripada unsur-unsur yang tidak sihat dan tidak halal. 

Sumber: Harian Metro,  Chaocao (Video)

Post a Comment

0 Comments