Cara hilangkan biji kolesterol pada wajah. Wajah tampak berseri dan bersih!

 

Tengok gambar di bawah, muka seseorang yang penuh biji kolesterol. Geli kan? Silap-silap hilang keyakinan bila berhadapan dengan orang lain. Sebab muka kita ni jika tak hensem pun paling tidak kena la jaga kesihatan kulit supaya kulit wajah kita sentiasa bersih dan ceria.


Salah satu punca biji kolesterol naik di wajah anda adalah disebabkan pemakanan. Pengambilan makanan tak seimbang seperti minyak berlebihan, makanan yang berlemak dan banyak kolesterol adalah punca utama terjadinya parasit di muka kita. 

Selain faktor pemakanan, kulit kita juga terdedah kepada cahaya matahari dan berpeluh apabila tiba di rumah kita kurang menjaga wajah dengan membersihkan wajah dengan krim pencuci, yang kita buat hanya la mandi, itu tidak cukup membuat wajah kita bersih daripada kekotoran peluh.

Di sini ada beberapa tips untuk mencegah muka kita daripada timbul biji kolesterol mahupun menghilangkannya jika ada: 

1) Rajin-rajin basuh wajah dengan oil cleanser, kita perlu mengawal keadaan minyak wajah kita, secara slowly dia akan hilang atau tak tumbuh.


2) Exfoliate/Mask - Tambah-tambah di kawasan mata yang sangat sensitif, pastikan jaga kawasan ni dengan lembut, inshaAllah biji kolesterol boleh diatasi.


3) Pakai sunscreen, ni dikira wajib setiap kali pakai skincare jangan lupa pakai sunscreen.


4) Guna scrub, kalau dah cuba pakai semua tadi, boleh tukar-tukar nak pakai scrub ataupun oil cleanser. 


5) Check eye cream - kadang-kadang bahan di dalam eye cream ni tak sesuai dengan kulit wajah anda. 


6) Cuci kulit muka anda dengan sebersihnya, pastikan makeup yang diremove betul-betul clear jika tak pori-pori wajah akan tersumbat, apabila ia tersumbat dia boleh menyebabkan biji kolesterol ini naik.


7) Jaga pemakanan, jangan makan makanan yang berminyak berlebihan, pastikan sulam dengan air kosong.


Semoga tips ini bermanfaat pada korang dan korang berjaya melicinkan wajah di tahun baru ini, dah tentu tak sabar nak dapatkan wajah yang bersih dan segar. Jangan lupa share artikel ini pada yang memerlukan.

credit: Info Kesihatan


Post a Comment

0 Comments