(Video)(Viral) - Detik-Detik pemandu lori yakin sangat boleh redah banjir namun dibawa arus deras

 


Malam tadi ada seorang ibu mengandung sempat berpaut pada pagar selama dua jam meminta pertolongan, manakala suaminya hanyut dibawa arus.

Perkongsian yang dikongsi oleh Jaffre Jamal di Facebook, sebuah kereta waja yang dinaiki suami isteri dan anak berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Jaffre Jamal yang lalu jalan Mersing - Tangkak itu menyedari ketika mereka dapat menempuh 3 spot banjir, yang ketiga itula mereka stuck. 

Jaffre yang mengambil keputusan untuk turun daripada kereta dan melihat sebuah kereta waja dihanyut air deras, sambil terdengar sayup-sayup orang meminta tolong. 

Dia terlihat ada seorang wanita sempat berpaut di pagar yang dikatakan berada di situ lebih 2 jam. Wanita itu yang menangis memberitahu suaminya memerlukan pertolongan dan telah dihanyut bawa air.

Namun Jaffre yang sempat menemani wanita itu menelefon untuk memanggil skuad bantuan.

Salam takziah kepada wanita berkenaan kerana jenazah suaminya telah dijumpai pihak bomba dan jpam lewat malam tadi.

Info berita dari facebook Jaffre jamal

Cerita di Kuantan pula, sebuah lori yang mana pemandunya nekad untuk meredah banjir diakhiri dengan kejadian tak diingini, lori dan pemandu itu dibawa arus.

Video ini sempat dirakam oleh Jabbar Magid yang telah memberi nasihat kepada pemandu lori supaya jangan redah banjir, tetapi pemandu itu yang tidak menghiraukan nasihatnya telah memandu terus.

Sambil membaca doa makan dan Jabbar Magid sempat merakam video itu.

Lihat video: 

Sumber: Jabbar Magid

Post a Comment

0 Comments