Andy Lau rahsiakan perkahwinan selama 13 tahun dengan bekas model Malaysia

 

Pada hari ini Andy Lau artis terkenal  antarabangsa yang berasal dari China membuat pengumuman yang mengejutkan. Beliau secara senyap telah berkahwin dengan bekas model Malaysia yang berbangsa Cina iaitu Carol.

Andy (60) dan Carol (56) pertama kali berjumpa pada tahun 1989 dan pasangan ini mula bercinta pada tahun 1997 sebelum mendirikan rumah tangga pada tahun 2008. Pengumuman perkahwinan ini dibuat pada akaun sosialnya  bernama Douyin di China. Ia sekaligus mengejutkan pengikutnya seramai 55 juta orang. 

Menerusi siaran langsung tersebut, beliau juga mengatakan tidak menjemput rakan-rakannya untuk majlis tersebut. Oleh itu, tiada seorang pun yang tahu bahawa beliau telah berkahwin dengan model Malaysia tersebut. Tambahnya lagi, mereka jarang berselisih faham antara satu sama lain. Oleh sebab itu, rahsia perkahwinan tersebut masih  tersimpan utuh oleh pasangan ini selama 13 tahun. 

Andy memilih Carol kerena keserasian dan perspektif hidup yang sama. Andy turut memohon maaf kerana berbohong dan merahsiakan perkahwinannya selama ini demi menjaga privasi. Hasil perkahwinan mereka, Andy dan Carol dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Hanna Lau berusia 8 tahun. 

Berita perkahwinan Andy dan Carol tular di Malaysia kerana ia melibatkan orang tempatan.  Terdapat beberapa komen yang mengaku adalah kawan Carol semasa di sekolah. Ada yan beranggapan Carol memang pendiam, tetapi mereka tak rasa Carol nak menyembunyikan perkahwinannya selama 13 tahun. 

Selain itu, seorang netizen juga mengaku kawan sekolah Carol.  Dia turut mengatakan Carol berasal daripada Penang dan merupakan seorang  anak jutawan yang kaya-raya. 

P/s - Dah jodohkan? Ramai wanita di negara China, wanita Malaysia juga Andy pilih. Bangga tak? 

Sumber: China Press, Berita Harian

Post a Comment

0 Comments