Hasil dari isu Sabah - Mokhtar Senik Ajar 1 perkara suruh Ebit Lew ikut cara ini iaitu salur saja sumbangan melalui Ahli Parlimen, Adun

 

Bagi pendapat Mokhtar Senik, isu Sabah yang viral baru-baru ni tidaklah besar mana, cuma yang diperbesarkan adalah musuh-musuh kerajaan, ada saja yang mencari salah kerajaan.

Lantas, rakyat mengambil kesempatan atas ustaz Ebit Lew konon-konon simpati pada EBL dan membantai kerajaan kononnya kerajaan mengabaikan rakyat.

Kalau takde EBL pun saya rasa rakyat tetap bantai kerajaan, jadi saya ada satu cadangan pada ustaz Ebit Lew: 

1) Salurkan bantuan dan sumbangan pada pihak berkuasa pada satu2 negeri, sebagai contoh agensi2 kerajaan di bawah kerajaan, ahli2 parlimen, adun2 setempat, ustaz nak buat recording atau nak filemkan sumbangan tu pun terpulang.

Selain itu, Mokhtar Senik juga berkata, Ustaz Ebit Lew boleh letakkan sticker NGO UEL sebagai nama penyumbang, seterusnya pihak berkuasa mahupun wakil rakyat boleh membantu memudahkan kerja ustaz disamping memberi nasihat soal keselamatan.

Mokhtar Senik juga berkata lagi, dengan cara ini Ustaz Ebit Lew akan dilihat pandai menghormati pihak lain dan pihak berautoriti di samping pihak kerajaan  tidak akan dilihat sebagai kerajaan korup yang langsung tak bantu rakyat. Jadi tiada pihak yang akan difitnah. 

Katanya lagi, perlu diingat wakil rakyat atau pihak berkuasa setempat lebih mengenali masyarakat tempat mereka ada pepatah mengatakan " Penduduk Makkah lebih memahami liku2 dan lorong2 yang ada di Makkah". Dan saya percaya jika seorang professor oxford melawat ke sekolah2 rendah kita akan mengatakan pencapaian anak dan pelajar kita sangat lemah.

Lalu professor itu membuat kesimpulan, guru tak buat kerja, tak pandai nak mengajar, sedangkan siapa yang ajar pelajar itu selama ni? 

Jadi siapa yang didik mereka? Siapa yang hantar mereka ke klinik ketika terluka di padang sekolah...mohon tuan professor, ibu bapa dan masyarakat jangan melukai hati guru-guru yang mengajar anak bangsanya selama ni, kata Mokhtar Senik.

Akhir sekali katanya, berhati2 lah, kebaikan itu bukan diukur apa barangnya tetapi juga dilihat dimana ia diletakkan, saling hormat orang lain supaya diri makin dihormati, tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.

Antara komen netizen di facebook tentang Mokhtar Senik:



Sumber: MP Mokhtar Senik

Post a Comment

0 Comments