Ibu bongkar sisa sampah ditemani anak-anak


Bersyukurlah jika hari ini kita masih boleh bernafas, tidur beralas tilam yang empuk, makan lauk berjenis-jenis. Masih ada diluar sana yang tidak mampu makan walaupun nasi kosong. Jangan pernah merungut dengan kesusahan yang sedikit. Masih ada orang yang dibawah kita mengira-ngira duit syiling untuk membeli makanan, masih ramai yang meneguk air kosong sepanjang hari. 

Beginilah nasib segelintir manusia yang diuji dengan kesusahan dan kesempitan hidup. Video yang dirakam oleh aplikasi tik t0k memaparkan seorang ibu dan dua  orang anak kecil sedang berada ditempat pembuangan sampah.

Sedang ibu mengutip kotak dan besi untuk dijual. Datang seorang lelaki dan pasangan menghulurkan duit belanja kepada anak-anaknya. Pasangan tersebut bercakap dalam dialek Kelantan menunjukkan lokasi kejadian mungkin berada di negeri Kelantan. Lebih mengharukan, ibu tersebut menangis dan mengelap air mata menggunakan tudungnya. Betapa besar pengorbanan ibu dan ayah membesarkan anak-anak.

Menjengah ke ruang komen, rata- rata netizen mengucapkan syukur dam berasa terharu akan tindakan pasangan tersebut. Diharapkan video ini menjadi contoh ikutan untuk sentiasa berbuat baik sesama manusia. Moga Allah luaskan rezeki orang memberi sedekah dan yang menerima. 



Sumber: facebook

Post a Comment

0 Comments