Kerana hutang, jiran dibunuh dan mayat dipotong-potong.

 


Astini sedang duduk dikerusi, matanya ditutup kain putih. 5 meter dihadapannya berdiri 12 orang polis pakar penembak Brigade Mobil Kepolisian Jawa Timur. Bang! 6 peluru menembusi jantung Astini. Beliau terketar-ketar, terkulai dan meninggal pada hari ahad pukul 1.20 tengah hari. 

Astini merupakan seorang suri rumah yang ramah dan mesra dengan jiran kampungnya. Namun, kesempitan hidup mendorongnya berhutang dengan 3 orang jiran yang bernama Puji Astutik,  Sri Astutik Wijaya dan Rahayu. Satu hari Puji datang ke rumah Astini untuk meminta hutang sebanyak Rp 20 000. Namun, Astini tidak mampu membayarnya. Puji marah lalu memaki hamun Astini. Astini berasa terhina lalu mengambil besi dan memukul kepala Puji sehingga mati. Mayat puji ditutup oleh tikar dibahagian dapur rumahnya. 

Selepas itu, Astini memotong mayat Puji kepada 10 bahagian. Separuh anggota badannya dibuang ke tapak pelupusan sampah manakala kepala dan anggota lainnya dibuang di dalam sungai. Beg tangan dan pakaian milik mangsa dibuang di dalam perigi berdekatan dengan rumah Astini. 

Rahsia Astini terbongkar apabila orang kampung menemui kepala Puji yang dibuang ke dalam sungai. Menurut saksi sebelum Puji hilang, mereka melihat Puji masuk ke rumah Astini. Maka polis serta merta menangkap Astini dan membawanya ke balai. Astini mengaku telah membunuh Puji. Paling mengejutkan, beberapa tahun lepas, Astini juga turut mengaku membunuh 2 orang warga kampung iaitu Rahayu dan Sri Astutik. Masing-masing merupakan pemberi hutang kepada Astini. 

Modus operandi Astini sama. Selepas mati, mayat mangsa dipotong kepada 10 bahagian kemudian di buang ke dalam tapak pelupusan sampah dan ke dalam sungai. Pengakuan Astini telah menggemparkan penduduk. Keluarga Astini telah berpindah daripada kampung tersebut. Rumah sewa Astini dianggap menyeramkan kerana 3 pembunuhan berlaku di rumah tersebut. 

Ramai yang cuba untuk menyewa di rumah tersebut, tetapi tidak bertahan lama kerana menurut penyewa mereka masih lagi tercium bau hanyir darah. Ruang dapur rumah Astini yang kini di ubahsuai menjadi bilik tidur turut ditakuti penyewa untuk tidur di bilik tersebut. Sehingga kini penyewa sentiasa bersilih ganti untuk menyewa di bekas rumah sewaan Astini. 

Selama 9 tahun Astini merayu untuk diringankan hukuman. Keputusan hakim tetap muktamad dan menjatuhi hukuman mati kepada Astini. Keluarga mangsa berasa puas hati atas hukuman tersebut walaupun terpaksa mengunggu selama 9 tahun. Diharapkan menjadi iktibar kepada semua pembaca. 

Sumber:Liputan6

Post a Comment

0 Comments