Kes Jiran 'Pembersih' selesai dalam masa sehari.

 

 

Korang pernah tak berhadapan dengan jiran atau housemate pengotor? Memang sakit kepala dibuatnya. Tambahan lagi jenis yang datang dengan pakej pemalas. Kita ni hidup bermasyarakat kenalah bertimbang rasa. Sekurang-kurangnya fikirlah untuk kebersihan dan kesihatan diri sendiri. Betul tak? 

Seorang pengguna facebook  Puan H pada pagi tadi sempat menghantar gambar ke dalam sebuah group deko menceritakan perihal jirannya yang sangat 'pembersih'. Sudah sebulan teguran tidak diendahkan untuk membersihkan kawasan longgokan sampah tersebut. Jawapan jiran mudah je ' ni aku punya kawasan'. Kita yang lalu hadap tiap hari mestilah serabutkan? Malah encik suami kepada Puan H pernah menolong membuang sampah milik jirannya yang dilonggok di kawasan tersebut. Malahan sampah semakin banyak dan menimbun. 

Lebih tragis jiran 'pembersih' ini turut membuang sampah di tingkap dan jatuh ke atas atap rumah tingkat bawah. Kalau  diperhatikan, sisa sampah turut tersangkut dibahagian tingkap rumah jiran tersebut.  Untuk pengetahuan semua, flat yang didiami adalah sebuah flat PPRT. Sepatutnya flat yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk keseleseaan rakyat perlu dijaga dengan baik. 

Namun pada petang ini, sekembalinya Puan H dari tempat kerja alangkah terkejutnya kawasan longgokan sampah tersebut bersih. Puan H bersyukur jirannya akur untuk membersihkan sampah di kawasan rumahnya. Puan H menganggap jiran beliau mungkin turut berada di dalam group tersebut dan melihat perbuatannya ditularkan di facebook. 

Selepas ini, netizen mencadangkan agar Puan H membuat aduan kepada pihak berwajib sekiranya jirannya masih tidak mengurus sisa sampah dengan sepatutnya. Diharapkan perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain.  Jangan disebabkan takutkan kecaman netizen menyebabkan kita baru nak berubah. Zaman ini zaman viral, silap langkah buruk padah.

Sumber: fb group deko


Post a Comment

0 Comments