Mind blow episod akhir Takdir Yang Tertulis?

 

Drama Takdir Yang Tertulis sememangnya telah tular dan menjadi bualan rakyat Malaysia. Drama ini telah ditayangkan di TV3 dalam slot Samarinda. Takdir yang tertulis mengandungi 15 episod dan telah berakhir pada malam ini. 

Tema drama ini mengisahkan konflik cinta, persahabatan dan perkahwinan. Ia diselitkan dengan komedi santai yang pasti mencuit hati penonton. Drama ini turut memaparkan konflik yang mendebarkan dan jalan cerita yang sukar di ramal. 

Episod akhir malam ini menghidangkan plot twist yang menjadikan penonton terlopong diakhir rancang. Ia berkaitan dengan Mika, budak kecil comel yang sentiasa menjadi rebutan hak penjagaan. Mika di jaga oleh Juweta dan Azlan tapi  pada hakikatnya ia adalah anak kepada Ruhila dan Ean. Namun plot twist pada scene akhir menunjukkan Hakim sebenarnya yang meniduri Ruhila ketika dia mabuk dan bukannya Ean. 

Oleh yang demikian, Mika sebenarnya adalah anak Ruhila dan Hakim! Syabas dan tahniah kepada kru dan barisan pelakon. Sememangnya Takdir Yang Tertulis adalah naskah drama  lain lain daripada lain. Teruskan berkarya untuk menghasilkan drama hebat seperti ini.

Layan jer

Post a Comment

0 Comments