Niat tak kesampaian buat dua beradik nak hadiahkan kereta untuk bapa setelah terbunuh dlm kemalangan jln raya.


Suasana sangat pilu selepas abang pergi, kata adik Arwah Hafidzan Zainal 44, sebenarnya abang nak hadiahkan sebuah kereta untuk ayah tapi hajatnya tak kesampaian.

Dalam perjalanan sama dua beradik dua kereta, arwah Hafidzan di hadapan kemalangan, manakala Mohd Fauzi Zainal 39, yang memandu keretanya tiba-tiba sawan selepas melihat abangnya kemalangan, tidak lama selepas itu arwah Fauzi juga menghembuskan nafas terakhir.

Kemalangan itu berlaku di jalan Kuala Pilah - Simpang Pertang di Kilometer 17. 

Kata Shah Rizal Zainal 41, Abangnya Hafidzan dan adiknya Fauzi dalam perjalanan dari Felda Pasoh Jelebu menghala ke Taman Kobena Senawang selepas selesai pembelian dan mahu menyerahkan kereta proton iswara kepada bapa mereka Zainal Sulong 63. 

Semasa hendak pergi membeli kereta mereka menaiki satu kereta, apabila balik abangnya bawa proton iswara bapanya, dan adiknya bawa sebuah kereta myv. Dalam perjalanan itu berlaku tragedi yang tak disangka.

Selepas melihat abang nya kemalangan dan berlumuran darah, adiknya terus sawan dan pengsan kerana terkejut.

Mengikut rekod adiknya itu ada sejarah penyakit sawan kata Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook.

Kedua-dua beradik dikebumikan di tanah perkuburan Islam Senawang pada 7 malam.

Alfatihah

Post a Comment

0 Comments