Sajat disyaki bersembunyi selepas waran tangkap dkeluarkan, Jais geledah rumah namun tiada

 

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan serbuan di rumah sajat @ nama sebenar Muahmmad Sajjad Kamaruzzaman.

Namun, hasil daripada geledahan rumah usahawan kosmetik tersebut menemui kegagalan, apabila sajat tak ditemui oleh sepasukan penguatkuasa.

Diberitakan sajat telah bersembunyi di suatu tempat selepas dia dapat mengetahui waran tangkap dikeluarkan.

Semasa penggeledahan rumah sajat malam tadi pada jam 9 malam di banglo mewah di Kota Damansara Petaling Jaya didapati hanya ada ahli keluarga sajat dan pembantu rumahnya. 

Mereka berkata, Sajat tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu, anggota unit risikan telah melakukan risikan terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan.

Anggota penguatkuasa sedang giat mengesan Sajat, dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di Lembah Klang.

Jais telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut, jika sesiapa dapat mengesan Sajat boleh hubungi balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan mengenai serbuan itu.

Sumber: Metro dan Facebook

!--Composite Start-->

Post a Comment

0 Comments