Staff nurse Artini hembus nafas terakhir akibat komplikasi covid19, bayi dalam kandungan selamat

 


Hampir setahun seluruh dunia dilanda wabak covid19, yang belum beransur pulih. Namun sebagai umat Islam kita perlu yakin dengan musibah yang menimpa ini adalah semata2 Allah ingin mengangkat dosa2 lalu buat umat Islam. Semoga tidak lama lagi akan berakhir wabak ini, marilah ramai2 kita berdoa supaya Allah mengangkat wabak ini.

Terkini seorang staff nurse yang bertugas di  Pusat Pakar Perubatan Uitm Sungai Buloh dilap0rkan menghembuskan nafas terakhir hari ini. Akibat komplikasi wabak secara berjangkit Covid-19.

Diberitakan staff nurse bernama Artini Dzolkarnaini sedang mengandung 30 minggu, dan bayi dalam kandungan selamat dilahirkan secara caesarian section, pada 21 Januari dan sekarang ditempat di NICU.

Allah telah mengambil ibunya hari ini dan staff nurse Artini meninggalkan 5 cahaya mata termasuk bayi yang baru dilahirkan.

Semoga suami dan anak Allayarhumah tabah dan sabar menghadapi ujian ini, dan Allayarhumah diangkat sebagai perwira negara kerana sebelum ini melakukan tugas sebagai frontliner dalam keadaan mengandung.


Alfatihah diucapkan, innalillahwainnailaihirojiun


Sumber: Pusat Pakar Perubatan Sungai Buloh

Post a Comment

0 Comments