Ustazah Asma Harun dikecam netizen selepas menegur group Riak Apa Hari Ini

 


Ustazah Asma Harun pendakwah terkenal yang cukup dihormati telah mengeluarkan kenyataan berkenaan group yang baru ditubuhkan dalam facebook iaitu 'Riak Apa Hari Ini'. Ustazah menengur pelbagai dosa boleh dilakukan atas nama gurauan. Ustazah berharap pihak pentadbir (admin) boleh menukar nama group dengan nama yang lebih baik. 

Pendedahan aurat, menunjukkan kemewahan atas nama gurauan tidak selaras dengan ajaran Islam. Perkataan riak tersebut merupakan perkataan yang hina dan keji ia tidak perlu diindahkan atas nama gurauan. Tinjauan admin di ruang komen, sebilangan besar bersetuju dengan pendapat ustazah, tetapi ada juga yang turut mengecam teguran ustazah tersebut. 

Ada yang mengatakan ahli  group tersebut hanya menggunakan gambar daripada google dan bukannya gambar daripada mereka sendiri. Tujuan memuat naik status dalam group tersebut hanya guruan semata-mata. Walau bagaimanapun, terdapat netizen lain turut meluahkan rasa bimbang apabila perkara mvngkar iaitu riak seperti sengaja dinormalisasikan ke dalam masyarakat. Walaupun tidak menggunakan gambar sendiri, niat untuk menunjuk-nunjuk turut mempengaruhi fikiran dan hati. Oleh itu, ramai bersetuju agar pentadbir menukar perkataan riak tersebut. 




Menjegah ke group tersebut, nampaknya pentadbir akur dengan teguran yang diberikan. Apatah lagi group ini telah sampai ke pengetahuan ahli politik. Pentadbir terpaksa menukar nama daripada RIAK APA HARI INI keaada RIA* APA HARI INI, tetapi ahli group tidak berpuas hati dengan penukaran nama tersebut. 

Mereka masih mempertahankan perkataan riak tersebut hanya untuk gurauan semata-mata. Di bawah ni terdapat beberapa status daripada ahli group tersebut. 




Berhibur bukanlah menjadii kesalahan, tetapi biarlah bertempat dan tetap menjaga norma dan adab ketimuran. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang dapat menghakis sifat-sifat malu dan kesopanan dalam diri

Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments