Bayi disembunyi dalam almari dan dibiar kebulur selama 6 bulan.

 



Seorang bayi berjuang untuk hidup selama 6 bulan selepas ibunya membiarkannya dalam kebuluran tanpa susu dan makanan. Ibunya mengharapkan anaknya mati kelaparan. Ibunya bernama Yulia telah melahirkannya pada bulan April tahun lalu. Bagaimanapun kelahiran Katya (bayi perempuan tersebut) langsung tidak dialu-alukan. 

Terdapat sebuah bilik kosong di dalam rumah Yulia. Disitulah Yulia menyembunyikan Katya. Yulia memasukkan Katya ke dalam beg pakaian dan disembunyikan di dalam almari.  Dia mengharapkan anaknya akan mati perlahan-lahan kerana kelaparan. Namun ia tidak terjadi, kerana anak sulung Yulia menjaga adiknya dengan memberikan air dan sisa makanan secara diam-diam. Yulia telah memberi amaran kepada anaknya, namun anaknya tetap bertekad untuk menjaga adiknya. 

'abang sulung Katya berusia 13 tahun, Matvey'

Katya si bayi malang terus berjuang untuk hidup selama 6 bulan. Nasib Katya terbela selepas peristiwa sambutan hari jadi di rumah Yulia berlangsung. Seorang kawannya berusia 37 tahun mendengar tangisan bayi yang sangat lemah di dalam bilik tersebut. Dia berasa curiga dengan tangisan tersebut memandangkan rumah Yulia tiada tanda-tanda kehadiran bayi. Selepas membuka almari, alangkah terkejut bila dia menemukan Katya yang hanya tinggal tulang menangis kelaparan di dalam sebuah beg. 

Katya telah diselamatkan dan diterbangkan menggunakan helikopter sejauh 270 batu dari Karpinsk ke sebuah hospital di ibu kota wilayah Yekaterinburg. Ibunya kemudian di tahan oleh Jawatankuasa Penyiasat Rusia kerana menyiksa bayinya dan jika sabit kesalahan Yulia akan dipenjara  sehingga tujuh tahun.

Sumber: dailymail.co


Post a Comment

0 Comments