Bila kena tangkap, habis malu anak bini kalau bapa macam ni!

 

Kejadian petang semalam yang dikongsi seorang hamba Allah bernama Mohamad Nizam, lokasi kejadian di Tesco, Tesco mana dirahsiakan.

"Aku bawak anak bini gi shopping kat Tesco, tiba2 masa tengah dok melayan anak nak beli cekelat bini aku datang bisik kat telinga aku habaq ada sorang mamat pakai baju hijau ni pelik sangat dok pegang handphone tapi follow rapat belakang bontot perempuan."

"Aku cuba la nak siasat apa yg dibuat lelaki ni, aku pandang je dari jauh dan ikut dia daru tempat cokelat tu sampai ke kaunter bayaran mmg dia tengah rakam ke gambar ke bontot perempuan depan dia, memang perempuan tu pakai agak ketatla.

Sebelum tu, masa kat tempat tshirt aku saja belek2 nak pilih tshirt sebab nak tengok sapa mangsa seterusnya, sampai kat tempat baby dia dok rakam video akak sorang ni, akak ni pakai ketat dalam keadaan perut mengandung la, apa lagi kami pi ambush dia.

Haha nasib aku pandai la sikit2 cara pertahankan diri, aku lock leher dia dengan tangan, meronta2 dia nak lari, bini plak rampas phone dia tengok2 mak aiii banyak gila video dok rakam. Aku panggil management tesco dan seterusnya urusan balai.

Malam ni pun ak ke balai sebab kena bagi keterangan pasal penangkapan mamat ni. Jadi wanita di luar sana tolonglah jaga pemakaian even tutup aurat sekalipun pun, bentuk badan pun ketat2 tu yang kena jaga jugak, macam mamat tu mungkin jual video kat geng2 dia jgk, orang psyco and gila seks ni ramai.


Sekian laporan dari abam.

Sumber: Mohamad Nizam

Post a Comment

0 Comments