Bunuh lima anak akibat meroyan

 

Meroyan atau istilah perubatan postpartum depression merupakan satu bentuk kemurungan klinikal yang kebanyakannya dialami oleh wanita ketika selepas bersalin. Ia terjadi disebabkan kelesuan selepas bersalin seperti tidak cukup tidur, cepat risau dan panik, mudah marah, tidak mengurus bayi dengan baik, suka menyendiri dan lain-lain lagi. Oleh itu pasangan kena mengambil berat keadaan isteri selepas melahirkan anak.

Ini yang terjadi dengan Andrea Yates, seorang ibu 5 anak yang menghadapi meroyan sendirian tanpa mendapat bantuan sepenuhnya daripada pasangan. Sebelum berkahwin, Andrea sememangnya mengalami masalah kemurungan. Namun ia masih boleh dikawal. Andrea menemui Russel yang dianggapnya seorang lelaki budiman dan kemudian mereka berkahwin. 

Russel sangat berpegang teguh dengan ajaran gurunya yang merupakan seorang pendeta dan menyakini memiliki anak ramai adalah hal yang sangat baik. Oleh yang demikian, sepanjang tempoh perkahwinan Andrea dan Russel mereka mempunyai 5 orang anak iaitu Noah Jacob (26 Februari 1994), John Samuel (15 Disember 1995), Paul Abraham (13 September 1996), Luke David (15 Februari 1999) dan Mary Deborah (30 November 2000). Jarak kelahiran yang dekat menyebabkan Andrea berasa tertekan mengurus anak-anaknya yang ramai dan masih kecil. 

Pada kelahiran anak yang keempat, Andrea telah disahkan meroyan. Tangannya menggigil dan  menggigit kuku sehingga cuba membunuh diri dengan menelan pil tidur dalam jumlah yang banyak. Russel tanpa berlengah membawa Andrea ke hospital dan doktor  mengesahkan Andrea menghidap postpartum depression (meroyan). Tahun berikutnya, Andrea melakukan 2 kali percubaan bunuh diri tetapi semuanya gagal dan dapat dihalang oleh Russel. 

Doktor mengesahkan Andrea mengalami sakit mental yang lebih teruk lagi  iaitu dikenali sebagai postpartum pyschosis. Andrea telah mencapai tahap kemurungan paling berbahaya kerana pada tahap ini pesakit boleh  berhalusinasi dan dapat mendegar bisikan dan suara. Walaupun keadaan Andrea telah mencapai tahap kritikal sebegitu. Russel seperti tidak mengendahkan saranan Doktor untuk mengelakkan Andrea hamil lagi. 

Pada awalnya Andrea tidak menginginkan anak lagi. Namun setelah didesak Russel berkali-kali akhirnya dia bersetuju. Pada tahun 2000, Andrea selamat melahirkan anak kelima, Mary Deborah. Manakala tahap kemurungan Andrea semakin teruk, selepas melahirkan anak dan ditambah dengan kematian bapanya. Mengikut perjanjian, Russel tidak akan meninggalkan Andrea sendirian di rumah. Russel juga akan membantu Andrea dalam menguruskan anak-anak. Ketika Russel bekerja, ibu Andrea akan datang menemaninya di rumah sehingga Russel pulang daripada kerja. 

Satu hari Russel meninggalkan Andrea sendirian di rumah.  Dia pergi sejam awal ke tempat kerja. Motifnya adalah untuk mengajar Andrea supaya pandai berdikari. Ibu Andrea akan sampai sejam selepas itu kerana tidak mengetahui menantunya yang keluar ke tempat kerja lebih awal daripada biasa. Andrea tidak lagi tahan dengan perasaan yang menghantui dirinya. 

Dia melemaskan kelima-lima anaknya di dalam tab mandi dimulai oleh anak keduanya John, Paul, Luke dan Mary yang berusia 6 bulan pada waktu itu. Noah anak sulungnya yang cuba melarikan diri selepas melihat mayat Mary yang terapung di dalam tab mandi berjaya ditangkap Andrea. Noah adalah mangsa terakhir Andrea. 

Selepas  melemaskan kelima-lima anaknya, dia menelefon polis dan mengaku membunuh. Andrea tidak mengaku bersalah kerana dia mempunyai masalah mental. Tetapi pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 40 tahun tanpa parol. Namun, Andrea membuat rayuan, rayuan Andrea di terima dan disahkan dia sebagai pesakit mental. Dia kemudian dirawat di hospital Kerville State. Russel pula memfailkan tuntutan cerai kepada Andrea, kemudian berkahwin buat kali kedua dengan wanita lain dan mempunyai seorang anak. 

Rumah Russel dan Andrea telah dijual setelah beberapa lama kosong. Namun terdapat beberapa pihak menyatakan rumah tersebut berhantu. Terdapat beberapa pasangan yang cuba tinggal di rumah tersebut tetapi tidak bertahan lama. Mereka dikatakan diganggu roh orang mati di dalam rumah tersebut.


Akhirnya rumah bernombor 942, Brachcomber Lane, Houstan, Texas telah dibeli oleh Peter Muller. Beliau sehingga kini menetap di rumah tersebut dengan aman. 

Moral: Hargai isteri dan pasangan anda. Jangan biarkan dia menanggung tekanan sendirian. Kemurungan itu membunuh jiwa. 

Sumber: Orpah.com, wikipedia Andrea, Jack Lester, Iskandar Zulfaqar

Post a Comment

0 Comments