Cara-cara Turn-off 'spy' dari aplikasi FB.

 

Pernah tak korang fikir macam mana FB tau ye. Aaa yang aku fikir atau nak beli, tiba-tiba dah muncul kat newsfeed aku. Pelik ni. Ok ni sebabnya. Bila download aplikasi facebook, korang akan dapat sekali 'spy' dari aplikasi ni. Apa yang  FB intip? Mereka intip apa yang korang minat dan apa yang korang suka cari. Contohnya, korang buka hp, kemudian buka aplikasi Lazada atau Shopee sebab nak cari kasut sukan. Lepas tu, korang buka FB maka banyaklah iklan berkenaan kasut sukan lalu kat news feed korang.  

Itulah fungsi spy FB. Spy tu  detect terus apa yang korang cari dekat hp. Sebelum ni mesti ramai yang terfikir. Macam mana ye fb tau. Sedangkan aku cakap dalam hati je. Takde sapa pun boleh baca hati dan fikiran korang. Semua guna teknologi.  Tapi kalau korang rasa  benda ni tak ganggu privasi korang, takpelah.  

Macam mana pula kalau korang rasa terganggu. Korang rasa takde privacy? Bagi yang nak turn-off boleh je. Rujuk video kat bawah ni. Tak sampai seminit korang boleh turn-off 'spy' ni. 

Sekarang korang boleh akses aplikasi dekat hp tanpa ada yang mengintip. Harus diingat, walaupun spy FB ni dah takde. Akses benda yang elok je tau. Ada yang lebih berkuasa sentiasa memerhati. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Anonym Shark

Post a Comment

0 Comments