Denda RM2000 beli pelam asam boi atau apa2 jualan di lampu isyarat

 

Selepas pengeluaran akta ini dan akan dikuatkuasa serta merta ramai yang juga mewakili netizen malaya memberi kecaman: 

Netizen A : Yang menjual cari duit halal beria nak dendanya, kedai judi, jual rokok, gro bersepah tak nak pulak angkut

Netizen B: kat Kl tu bersepah je tempat2 haram, tak tahu ke buat2 tak tahu, tak utamakan banteras benda2 ni dulu, sebab tu lah rakyat mempersoalkan kerajaan tak buat keje

Netizen C : zalim nya..ramai org susah sekarang knp nk tekan rakyat?

Netizen D: Org yg membeli kena saman bkn si penjual yg kena saman..  SPTUTNYA buat papan tanda.. di larang menjual di kawasan lampu isyarat..

Bru lah tkde org yg membeli..

Org mmbeli ni bkn nk makan sgt pn.. tapi niat kita untuk mbntu sahabat2 yg brniaga

Dgn cara SPRTI itu..

Netizen E: Tidak larang meniaga,  tapi jual di tempat yg lebih selamat,  budaya jual di lampu isarat rasanya bukan buadaya malaysia,  kebanyakan berlaku di indonesia,  india, dan lain lain.

Netizen F: Laksana dulu denda dn hukuman pastu pikir dn kaji kemudian...katanya menteri otak kat lutut 

Netizen G: Pendatang asing ramai dok kutip duit tepi jalan, tp kenapa rakyat Malaysia buat bisnes mcm ni kena tindakan mcm tak adil ja

Netizen H: Smpai mcm tu skali? Padahal org tu cari rezeki yg halal..

Netizen I: Mereka tak paksa pon kita beli, respect usaha mereka. 

Begitula senario yang berlaku ada yang bagi pendapat dan ada yang terima dengan undang2.

Terkini laporan berita meyatakan pembeli akan berdepan denda RM2000.00 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat.

Ketua Polis Johor Datok Ayob Khan berkata aktiviti perniagaan itu bukanlah sahaja membahayakan penjual tapi akan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mengikut peruntukan undang2 bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan, pembeli pun boleh dikenakan tindakan.

“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.

Antara lokasi yang dikenal pasti termasuklah di lampu isyarat pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.

“Nasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan,” ujarnya.

Ayob Khan bagaimanapun memberitahu setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.

Sumber: Kosmo Online

Post a Comment

0 Comments