Detik sayu dan hiba ketika hakim menjatuhkan hukuman penjara kepada remaja autism.

 

Jacob Matthew Morgan berusia 17 tahun didapati bersalah membakar rumah dan menyebabkan kematian adik tirinya berusia 14 bulan. Jacob dan keluarganya tinggal di Rock Hill, Carolina. Semasa kejadian ibu bapa Jacob  keluar dan meninggalkannya bersama dengab adiknya Joshua. 

Menurut pihak mahkamah, kebakaran berpunca Jacob bermain lilin lalu membakar selimut Joshua. Pihak pendakwa menyatakan, Jacob memiliki telefon bimbit tetapi dia tidak menggunakannya untuk meminta pertolongan. Jacob dipaksa untuk mengaku atas perbuatannya. 

Jacob berkata, dia sayangkan Joshua. Tidak mungkin dia mencederakan Joshua , kerana Joshua adalah satu-satunya adiknya. Ibu Jacob, Puan Dover Hill turut menyangkal keputusan mahkamah yang menyatakan anaknya bersalah. Sedangkan dia mengetahui anaknya sangat menyayangi adiknya dalam masa yang sama dia merupakan golongan kurang upaya. 

Menurut ibunya, Jacob memiliki hati yang lembut.  Dia berkata 'Bagaimana kamu (mahkamah) menyatakan dia (Jacob) bersalah sedangkan menangis ketika menoton filem Disney? Bagaimana kamu (mahkamah) mengatakan dia (Jacob) bersalah sedangkan dia menelefonku ketika di tempat kerja menangis ketika salah seekor kucingnya mati?' 

Komunti sekitar juga turut bersama-sama menandatangani petisyen membantah keputusan hakim. Walau bagaimanapun,  hukuman penjara terhadap Jacob tetap dijalankan. Jacob yang dituduh menyebabkan kebakaran dan membunuh bayi Joshua telah dipenjara selama 15 tahun. Saksikan detik sayu ketika hakim membacakan hukuman kepada Jacob. 

Sumber: crimelibrary.com

Post a Comment

0 Comments