Ditinggal ibu dan ayah. Adik ini terpaksa menjaga 5 adik-adiknya.

 

Luluh hati melihat ketabahan adik mimi yang sanggup berhenti sekolah untuk menjaga adik-adik yang masih kecil. Adik mimi berusia 12 tahun diikuti adiknya yang lain berusia 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun, 2 tahun dan 6 bulan. Ayahnya baru sahaja ditangkap disebabkan kes dadah manakala ibunya kemurungan disebabkan masalah rumah tangga. Anak-anak ini kemudian ditinggalkan ibunya di rumah mertua yang juga serba daif.  Ibu kepada anak-anak ini tidak mahu lagi menjaga mereka kerana tekanan perasaan. 

Adik mimi terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Kanak-kanak tersebut tinggal di Seremban dan sekarang menetap di Kelantan. Kehidupan serba daif keluarga ini menyebabkan adik mimi tidak dapat membeli pad ketika kedatangan haid, sehingga darah meleleh keluar. Neneknya hanya bekerja mengambil upah mengisi garam di sebelah rumah. Diharapkan ada pihak yang sudi membantu adik-beradik tersebut.

Pengajaran buat warga Malaysia, berkahwin itu mudah tetapi pilihlah pasangan yang betul. Jika pasangan terlibat dengan najis dadah, hubungi pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya. Jangan bertahan dengan pasangan sebegini. Anak-anak yang akan menjadi mangsa.



Sumber: Dielah Midi

Post a Comment

2 Comments