Wanita didera suami, rakam video sebelum terjun dari jambatan.

 


New Delhi: Ayesha Banu Makrani telah merakam video terakhir untuk  keluarganya sebelum terjun dari jambatan  ke sungai Sabarmati Ahmedabad, Gujerat. Ayesha gadis malang ini telah berkahwin dengan Aarif Khan. Dia sangat mencintai suaminya walaupun suaminya tidak membalas cintanya.


Dalam video tersebut Ayesha tidak menyalahkan sesiapa, dia hanya bersyukur dengan takdir yang menimpanya. Kerana selepas ini dia akan bertemu dengan Allah, katanya. Selepas membuat rakaman video, Ayesha menghantar rakaman tesebut kepada keluarganya sebelum dia terjun ke sungai.  Famili Ayesha bergegas membuat laporan polis selepas mendapat video yang dikirim oleh Ayesha. Namun sudah terlambat,  Ayesha telah terjun dari jambatan dan disahkan mati lemas. 


Polis Ahmedabad mula menyiasat motif bunuh diri Ayesha. Mereka telah mendengar rakaman telefon Ayesha dan Aarif selama 70 minit. Pasangan ini  bertengkar dan diakhir perbualan  Aarif memberi pesanan  yang sangat menyakitkan hati kepada  Ayesha 

' pergi mati, hantar video dekat aku jika kau nak mati'!

Peguam Ayesha, Jaafar Pathan turut mendedahkan surat yang diberikan Ayesha kepada Aarif. Dalam kandungan surat tersebut, Ayesha menceritkan bagaiman Aarif telah mengurungnya di bilik selama 4 hari tanpa makanan. 

“Cintaku Aaru (Aarif). Hati saya hancur ketika awak menghubungkan nama saya dengan Asif. Dia adalah sahabat dan abang saya. Kami tiada apa-apa hubungan. Semasa saya dikurung di sebuah bilik, tidak ada orang yang memberi makanan kepada saya. Dan, ini berlaku selama 4 hari yang panjang, ”kata surat itu.

Dia lebih jauh menulis, “Saya tidak pernah melanggar kepercayaan awak. Saya sangat setia kepada awak.  Tetapi, awak telah merosakkan dua nyawa. Saya tidak salah, sikap & tingkah laku awak yang merosakkan segalanya. Saya jatuh cinta kepada awak, dan mengapa saya sangat menyayangimu? akan ku beritahu di kehidupan seterusnya'. 


Ayesha juga turut mendedahkan, dia hamil namun keguguran kerana tindakan Aaarif dan keluarganya yang selalu menyiksanya.

'Semasa saya hamil, awak tidak pernah menjaga saya. Sebaliknya, awak menyalahkan saya. Kerana itu, saya kehilangan Aaru kecil saya, Sekarang, saya tidak mahu hidup, "tulisnya dalam surat itu.

Beberapa hari yang lalu, peguam Ayeshá telah membuat pendedahan mengejutkan di hadapan media. Dia mengatakan bahawa Aarif biasa bercakap dengan wanita lain dihadapan isterinya, dia juga bertingkah curang dan tidak menghiraukan perasaan isterinya. 

Aarif dan keluarganya ditahan polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Menurut sumber, famili Aarif   tidak berpuas hati dengan Ayesha kerana mahar perkahwinan yang diberikan oleh Ayesha sedikit. 



Sumber: newsroompost.com




Post a Comment

0 Comments