Hobi 'rare' dan menakutkan daripada Doktor ini , tercatat dalam sejarah negeri Jepun.

 

Jepun adalah sebuah negara maju, rakyatnya rajin berkerja, mereka sagat berdisiplin, sayangkan adat dan budaya. Namun di sisi lain terdapat pelbagai perkara  pelik dan aneh yang dilakukan masyarakatnya sehingga menjadi tumpuan masyarakat dunia. 

Seorang Dr di Jepun iaitu Fukushi Masaichi mempunyai hobi paling rare dan menakutkan iaitu  gemar mengumpul kulit badan manusia. Terutama bagi badan yang mempunyai  banyak tatu. Kebiasaannya Dr Fukushi akan mengambil kulit badan daripada mayat banduan. Beliau dibantu anaknya iaitu Fukushi Katsunari untuk menjalankan hobi 'rare' tersebut. 

Pengambilan kulit daripada badan banduan dilakukan mengikut undang-undang. Mereka akan menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada banduan. Jika banduan tersebut bersetuju,  mereka akan menandatangani perjanjian.Setelah banduan dijatuhi hukuman mati, mayatnya akan diambil oleh Dr Fukushi untuk dilapah dan  diambil bahagian kulit. 

Dr Fukushi atau dikenali sebagai Dr tatu telah mengumpul sebanyak 5000 koleksi kulit bertatu dalam rak rumahnya. Malangnya, pada tahun 1945 rumah Dr Fukushi telah terlibat dengsn perang dunia kedua dan menyebabkan koleksi tersebut musnah. Namun begitu, terdapat beberpa koleksi yang terselamat dan disimpan sehingga ke hari ini.




Sumber: iskandar Zulfaqar

Post a Comment

0 Comments