"Husiyen ayah minta maaf, ayah terpaksa bunuh Husiyen"...

 

Husiyen Kilincer berusia 10 tahun, comel dan bijak budaknya. Tapi sayang, dikurniakan seorang bapa yang durjana. Ismail Kilincer (32) sudah lama mengatur strategi untuk membunuh anak kesayangannya itu. 

Semasa isterinya pergi ke kedai, Husiyen dan Ismail tinggal berdua di rumah. Ismail memandang anaknya, kemudian berkata ' ayah minta maaf, ayah sayangkan Husiyen' lalu memeluk anaknya. Husiyen turut berkata dia juga meminta maaf lalu mencium pipi ayahnya. Husiyen menatap ayahnya, tiada apa yang mencurigakan difikirannya. Tetapi sang ayah sudah bersiap untuk membunuhnya. Tanpa membuang masa, Ismail mencekik anaknya sekuat hati.

Selepas yakin anaknya mati, Ismail terus menghubungi polis dan mengaku telah membunuh. Ismail menceritakan sendiri kejadian tersebut kepada polis. Ismail juga turut menyatakan dia terpaksa membunuh anaknya yang masih kecil kerana kanak-kanak bebas daripada sebarang dosa. Mereka akan terus masuk ke syurga tanpa hisab. Jika anaknya membesar nanti  dan melakukan dosa, belum tentu akan masuk ke syurga. Ini lah yang dirasakannya peluang untuk anaknya ke syurga. 

Ismail enggan anaknya mengikut jejak langkahnya. Dia merasakan dirinya seorang lelaki yang tidak baik dan banyak melakukan dosa. Polis menahannya pada hari Isnin 8 Mac 2021 di rumahnya Karatay, Konya Turki. 



Dalam Islam, niat tidak menghalalkan cara. Islam melarang sekeras-kerasnya untuk melakukan pembunuhan atau membunuh diri. Ia dianggap berdosa besar dan perlu dihukum.  Hidup dan mati  hamba-hambanya, hanya Allah yang berhak mengaturnya. Didiklah anak-anak sebaiknya.  Jika berbuat dosa,  bertaubat dan berubahlah ke arah kebaikan. 

Sumber: mirror.co.uk

Post a Comment

0 Comments