'Ini anak kita, ini famili kita' kata Crews kepada kekasihnya, selepas membelah perut jirannya.

 


Pembunuhan tidak berperikemanusiaan ini berlaku di Amerika Syarikat. Brooke Crews (38) dan William Hoehn (32) adalah sepasang kekasih yang tinggal bersama sejak tahun 2014. Mereka tinggal di sebuah apartment bernama Fargo. Pasangan ini bukanlah pasangan romantik. Mereka sering bergaduh dan bertengkar. 

Suatu hari Hoehn menyatakan kepada Crews yang dia ingin berpisah. Crews tertekan, kerana ingin menyelamatkan hubungan Crews mengatakan dia hamil. Crews menunjukkan kepada Hoehn alat penguji kehamilan yang menunjukkan keputusan 'positif'. Sebelum ini Crews pernah hamil tetapi telah gugur. Oleh itu, dia menipu Hoehn dengan alat uji kehamilan yang disimpannya sekian lama. 

Beberapa bulan berikutnya, terjadi pertengkaran antara pasangan ini.  Hoehn memberitahu dia mengetahui Crews tidak hamil tetapi Hoehn telah mengatakan kepada kawan-kawannya bahawa Crews hamil dan tidak lama lagi Hoehn akan menjadi bapa. Oleh itu, Crews perlu mendapatkan bayi walau menggunakan apa cara sekalipun.  Hoehn sempat mengatakan kepada Crews bahawa Savanna (jirannya) telah mengandung. Kata-kata Hoehn tidak jelas tetapi mempunyai maksud tersirat seperti menginginkan bayi itu. 

Gadis berambut perang iaitu Savanna  Lafontaine- Greywind (22) tinggal di aras bawah apartment Crews bersama keluarga dan kekasihnya. Dia yang hamil pada usia muda juga tidak berkahwin tetapi begitu teruja untuk menyambut bayi sulungnya bersama kekasihnya. Suatu pagi,  Crews telah datang ke rumah Savanna dengan segala perancangan keji yang telah difikirkannya. Dia memohon  kepada Savanna untuk menolongnya bagi menyelesaikan projek jahitan.  Malahan Savanna akan diupah sebanyak 20$.  

Savanna ibu Haisley Jo

Savanna pada awalnya keberatan tetapi kemudian bersetuju, lalu pergi bersama  Crews pulang ke rumahnya. Ketika di rumah, Crews sengaja membuat helah dengan memulakan pertengkaran di dalam bilik mandi rumahnya. Dia menuduh Savanna membuang kucingnya dan mencuri baca email peribadinya. Kemudian, dia menolak Savanna sehingga Savanna terhantuk ke sinki lalu pengsan. Tanpa berlengah, Crews mencapai sebilah pisau di dapur lalu membelah perut Savanna. Darah membuak-buak keluar. Tekadnya hanya satu, ingin mendapatkan bayi tersebut. Pada masa itu, usia kandungan Savanna sudah menjangkau 8 bulan. Oleh itu, Crews tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bayi tersebut. 

Menurut pengakuan Crews, Savanna sempat sedar dari pengsan ketika Crews membelah perutnya. Namun, Savanna pengsan semula. Akhirnya bayi dapat dikeluarkan dengan selamat.  Kebetulan pada waktu itu, Hoehn telah pulang daripada tempat kerja dan melihat Crews membersihkan darah Savanna. Savanna pula masih terbaring di lantai. Crews menunjukkan bayi perempuan tersebut lalu berkata 'ini bayi kita, ini keluarga kita'. Hoehn menerimanya dengan hati yang gembira. 

Hoehn kemudian menjerut leher Savanna sehingga mati. Dalam masa yang sama, ibu Savanna iaitu Norberta berasa cemas kerana Savanna belum lagi pulang ke rumah  walaupun sudah pukul 4 petang. Dia pergi ke tingkat atas dan mengetuk rumah Crews. Crews dengan muka selamba berkata Savanna telah meninggalkan rumah pada pukul 2.45 tadi. Norberta berasa curiga kerana tidak mungkin Savanna keluar rumah dengan tidak membawa kunci kereta dan dompet. Savanna juga tidak akan keluar berjalan kaki kerana kakinya yang bengkak disebabkan usia kandungannya sudah menjangkau trimester. Akhirnya Norberta melaporkan kehilangan Savanna kepada polis. 

Hakikatnya mayat Savanna telah dibalut dengan tuala dan dimasukkan dalam beg tong sampah sebelum di selotep. Mayat tersebut disembunyikan di dalam almari pakaian. Menurut keterangan Crews, dia cuba untuk tidak marah ketika polis datang ke rumahnya. Dia hanya memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis, supaya polis tidak mengesyaki perbuatannya. 

Polis menggeledah rumah Crews dan Hoehn sebanyak 2 kali iaitu 20 dan 21 Ogos. Tetapi tidak menemui mayat Savanna kerana polis tidak boleh menggeledah alamari, belakang pintu dan laci rumah Crews disebabkan mereka tidak mempunyai waran. Sedangkan mayat Savanna hanya dalam alamari bilik mandi Crews. Manakala bayi tersebut di tutupi selimut di atas katil dan hanya bersebelahan dengan tempat duduk Hoehn. 

Pada 21 hari bulan Crews dan Hoehn telah mengangkat almari pakaian yang mengandungi mayat Savanna. Mereka membuang almari tersebut ke dalam sungai. Dalam masa yang sama polis meneruskan penyiasatan dan berjaya menjumpai bukti yang besar. Polis telah pergi ke tempat kerja Hoehn dan rakannya mengatakan baru-baru ini Hoehn memberitahu dia baru mendapat bayi. Polis segera mendapatkan waran dan menggeledah rumah Crews dan Hoehn. Polis telah menjumpai bayi yang sihat telah baring di  atas katil. 

Crews dan Hoehn telah ditahan kerana disyaki membunuh. Manakala bayi berusia 3 hari tersebut telah dihantar ke hospital untuk ujian DNA. Hasil ujian DNA mendapati, bayi tersebut adalah anak Savanna. Pada 28 Ogos, mayat Savanna berjaya ditemui di dalan plastik hitam yabg tersangkut pada dahan pokok di dalam sungai Red River. 

Crews dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang parol manakala Hoehn dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. 

Kekasih Savanna

Bayi tersebut yang masih hidup

Sumber: Daily Mail dan yournewsleader.com

Post a Comment

0 Comments