Jangan Salahkan Saya!!

 


Keith Griffin 49 tahun, telah ditangkap kerana memiliki ribuan koleksi video pornografi kanak-kanak. Dia dipenjara selama 12 tahun di atas kesalahannya itu. Walaupun aktiviti jijiknya terbongkar, dia cuba melepaskan diri dengan menuduh kucingnya yang sering naik ke papan kekunci monitornya. Maka si kucinglah yang memuat turun ribuan video dan gambar porno tersebut. 

Menurut beliau ketika dia hendak tidur, Keith akan meninggalkan komputer dalam keadaan terbuka (on). Jadi ketika dia tidur kucingnya akan menekan papan kekunci sehingga memuat turun gambar dan video lucah tersebut. Perbuatan tersebut dianggapnya logik kerana kucing juga pernah dilaporkan menghubungi talian kecemasan 911 katanya. 

P/S: Dia ingat polis lulusan tadika kot. Kesian meow jadi mangsa fitnah

Sumber: Inquisitr

Post a Comment

0 Comments