Jiran bantu angkat tong berisi mayat pukul 4.30 pagi disiasat

 

Johor Bahru: Polis mendedahkan antara sebab mereka mendapat maklumat dan suspek mengakui dia telah menanam mayat isterinya adalah daripada seorang jiran suspek yang membantu suspek masa tu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad berkata, jiran lelaki berusia 32 tahun itu telah menyalur maklumat kepada polis sekaligus siasatan dilakukan oleh pihak polis pada awal siasatan.

Polis yang telah menerima laporan Isnin lalu membawa kepada penahanan suspek dan menahan jirannya sehari selepas itu.

Katanya lagi, jiran suspek telah menolong suspek untuk mengangkat tong berisi mayat pada jam 4.30 pagi ke kemderaan pacuan empat roda.

Jirannya mengesyak sesuatu kerana tong tersebut berasa agak berat selain berbau busuk.

Apabila polis menerima maklumat itu, menyebabkan pihak polis telah menahan suspek dan suspek lancar menunjukkan lokasi mayat isterinya ditanam. Walaubagaimanapun, polis juga sedang siasat sejauh mana pembabitan jiran berkenaan.

Media telah melaporkan awal minggu lalu, laporan mengenai seorang wanita hilang dan lari dari rumah terungkai selepas penemuan mayat wanita di dalam tong air yang ditanam di ladang serai.

Lebih mengejutkan suami berusia 43 tahun itu telah menembak isterinya berusia 38 tahun sewaktu sewaktu sedang tidur di kediaman Taman Sri Saujana Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembunuhan ini dipercayai bermotifkan cemburu selain polis turut menemui sepucut surat tuntutan fasakh di kediaman mereka.

Polis juga telah menemui dua senapang, senapang angin dan senapang patah yang berada dalam milikan suspek. 

Suspek juga tidak memiliki lesen bagi kedua-dua senjata berkenaan.

Polis juga sedang menyiasat sama ada senjata itu buatan sendiri ataupun dari mana-mana sumber dan siasatan mengikut seksyen 36 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Polis juga sedang menunggu keputusan akhir hasil bedah siasat mangsa serta laporan lain sebelum mengemukakan kertas siasatan ini kepada timbalan pendakwa raya mengikut seskyen 302 kanun keseksaan.

Sumber: Metro dan Facebook

Post a Comment

0 Comments