Kanak-kanak setahun luka melecur akibat tertelan bateri lithium-ion

 


Resse Smith berumur 17 bulan meninggal setelah menelan bateri remote kawalan jauh di rumahnya. Bateri tersebut tersangkut di bahagian tekak Tesse dan dapat mengeluarkan cas elektrik yang merosakkan dan membakar  sel tisunya. 

Menurut Dr Thomas McGill doktor pakar Pediatrik Kanak-Kanak di  University Medical Centre, Resse mengalami luka melecur di kerongkongnya, esofagus dan pada pita suara. Selaput lendirnya turut terbakar dan benar-benar hitam seperti memanggang 'Marshmallow'.

Pada awalnya Trista (ibu Resse) tidak menyedari anaknya menelan bateri remote kawalan jauh. Sehingga dia menyedari anaknya kerap batuk, lesu dan sukar bernafas. Dalam masa yang sama ,bateri daripada remote kawalan jauh telah hilang. Trista membawa anaknya ke hospital dan setelah menerima keputusan x-ray Resse, ketakutannya benar-benar nyata. 

Pelbagai usaha dilakukan dan beberapa siri pembedahan telah dijalankan, namun Resse tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhir di Texas Children's Hospital. 

Ia menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak kecil supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak dingini sehingga mengancam nyawa.

Sumber: metro.uk.com

Artikel seterusnya : Lepas muat naik foto anaknya berwajah 'Korea', lelaki ini mahu saman netizen! 

Post a Comment

0 Comments