Kerana berang isteri lari dari rumah, suami bakar kereta baru...

 

Johor - Selepas berang kerana isterinya tidak balik ke rumah, seorang suami membakar kereta Proton Saga baru milik saudaranya dalam kejadian di Jalan Indah 4/1 Taman Bukit Indah semalam.

Akibat dari kebakaran itu, kereta proton saga itu mengalami kerosakan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan kereta itu.

Menurut Ketua Polis Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, sebelum kejadian sepasang suami isteri itu mengalami perselisihan faham mmebuat wanita itu lari ke rumah saudaranya yang juga terletak dalam taman mereka tinggal.

"Semasa kejadian, saudaranya terdengar bunyi amaran kereta di luar rumah, selepas itu dia menjenguk ke luar rumah dan terlihat keretanya terbakar, dan saudaranya cuba memadam api kebakaran namun gagal.

Saudaranya turut menelefon panggilan kecemasan, bagi membantu kejadian yang berlaku itu.

Menurut KP Iskandar Puteri itu, sepasukan anggota polis telah menjejaki suspek dan berjaya memberkasnya di Jalan Indah 5/5 Taman Bukit Indah.

Jarak rumah kejadian dengan rumah kediaman pasangan itu sejauh satu kilometer.

Hasil rekod lelaki berusia 47 tahun itu tidak bekerja dan mengaku melakukan perbuatan itu, serta mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes rompakan bersenjata.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar dan Facebook

Post a Comment

0 Comments