Kes bunuh: Pengurus Jabatan Advokasi Mati Dijerut

Seorang mayat wanita ditemui di rumahnya Taman Bangi Jalan Reko dalam keadaan tragis. Semasa ditemui mayat seperti dijerut di bahagian leher.

Pihak polis telah menerima panggilan Mers 999 dari seorang lelaki yang menyatakan ada seorang mayat ditemui di dalam rumah, wanita berusia lingkungan 30-an. Dan hasil daripada pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan jerut pada leher mangsa. 

Pihak polis percaya mangsa mati lebih dari 24 jam selepas ditemui.

Laporan itu telah disahkan oleh Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Dalam pada itu, Pertubuhan Ikram Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan mendoakan kesejahteraan untuk arwah sambil menyatakan beliau seorang yang amat komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan

Allahyarhamah 32, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments