Empat beranak maut, selepas sebuah toyota Hilux terbabas merempuh kereta mereka

 

Kuantan Pahang - Berlaku kemalangan petang semalam dimana sebuah Toyota Hilux terbabas masuk lorong bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Chevrolet Optra.

Mangsa yang nahas dalam kejadian adalah 4 beranak dalam kereta Chevrolet dan 1 orang penumpang Toyota Hilux.

Berikut maklumat diri mangsa (Bapa) Muhammad Fadzli Aming 45, (Ibu) Nur Asyitah Abu Samah 44, anak lelaki Muhamamad Iqmal 13, dan anak perempuan Irina Nur Qhalesya 7, yang beralamat di Kampung Jeruas Sega Raub. 

Nur Asyitah (ibu) meninggal di tempat kejadian, anak perempuan Irina Nur Qhalesyah meninggal di Hospital manakala bapa Muhammad Fadzli Aming dan anak lelaki Muhammad Iqmal meninggal semasa menerima rawatan di Hospital Raub.

Seorang penumpang toyota hilux juga maut bernama Wan Syahrul Munif Wan Jaafar 44 dan rakannya seorang pemandu berusia 30 an hanya cedera di tangan dan kini menerima rawatan di Hospital Raub.

Pemandu tersebut tidak sempat mengelak kerana jarak kedua2 kenderaan sangat dekat dan menyebabkan kedua2 kenderaan remuk teruk pada bahagian hadapan.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Raub dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1887.

Sumber: Bernama

Post a Comment

0 Comments