Lampin anak berdarah selepas mandi dari sungai. Ibu bapa perlu waspada!

 


Kisah ini dikongsi oleh Puan Amira Syafiqah supaya menjadi iktibar kepada ibu bapa diluar sana. Suatu hari famili puan Amira bercadang hendak mandi di sungai berdekatan dengsn rumah ibunnya. Anaknya bernama Mikayla turut mandi bersama dengannya tanpa memakain lampin hanya mengenakan seluar longgar sahaja. 

Lebih kurang pukul 6 lebih  mereka keluar daripada sungai. Ketika membuka seluar Mikayla, puan Amira terkejut dan mendapati darah keluar dengab banyak daru kemaluan anaknya sehingga meleleh disekitar peha. Perasaan mula risau dan tak sedap hati. Selepas 2 kali bertukar lampin darah tetap banyak meleleh keluar sehingga ada yang berketul-ketul. 

Puan Amira segera pergi ke hospital sehingga perlu merujuk pakar dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut. Selepas itu, doktor pakar mencadangkan akan menjalani pembedahan kecil kepada Mikayla dengan memasukkan kamera kecil ke dalam badan untuk mengenal pasti punca pendarahan tersebut. 

Selepas pembedahan doktor masih tidak mengetahui punca pendarahan tersebut berlaku. Namun, doktor mengesyaki lintah telah masuk ke bahagian kemaluan anaknya, dan meninggalkan gigitan luka. Doktor juga menyatakan kesan gigitan lintah sememangnya akan mengeluarkan darah yang banyak. Doktor akan memberikan ubat untuk meberhentikan pendarahan.

Moralnya, ketika anak-anak dibawa untuk mandi ke sungai, perlulah memakai seluar yang ketatatau memakai lampin untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku. Diharap ibu bapa diluar sana berhati-hati dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku ke atas puan Amira. Semoga Mikayla sihat dan cepat sembuh seperti biasa. 

Sumber: facebook puan Amira Syafiqah

Post a Comment

0 Comments