Lepas muat naik foto anaknya berwajah 'Korea', lelaki ini mahu saman netizen!

 

Petaling Jaya: Niat seorang bapa memuat naik gambar anaknya yang comel seakan2 mirip wajah orang Korea di laman sosial mengundang padah selepas dia dan sekeluarga difitnah netizen kononnya bayi tersebut hasil hubungan haram isterinya dengan lelaki lain.

Hasil daripada perkongsian lelaki tersebut di laman sosial Tiktok sebelum ni dia menunjukkan satu video anaknya yang comel itu menyerupai wajah Korea.

@bapaknsuami0rang

Reply to @nddiyaa

♬ original sound - BapakandSuamiOrang

Difahamkan lelaki tersebut mengatakan, kerana mungkin isterinya sewaktu hamil kerap tengok rancangan realiti Runningman menyebabkan anaknya terkenan dengan muka orang Korea.

Jadi selepas viral video itu, ramai netizen mengomen dengan sudut negatif dan jahat kononnya isteri melakukan hubungan haram dengan lelaki luar.

Selepas itu, lelaki yang dikenali sebagai nama Azrul itu, memuat naik lagi satu video dia menyangkal sekerasnya perkara itu.

Ekoran kejadian itu, Azrul tidak teragak-agak untuk membuat tindakan lanjut kepada pihak yang bertanggungjawab.

Pada sama sama, Azrul meminta sapa2 yang komen negatif berkenaan anaknya itu untuk memadamnya dalam masa terdekat.

@bapaknsuami0rang

Cer tag skit geng2 ni..Nak juga berkenalan.Just nak bgtahu Last change..

♬ original sound - 🌹🌻UMI 🐝 YATUN🌻🌹 - 🌷🦋UMIYATUN🦋🌷

"Komen takda otak dan seperti takda agama menuduh orang (isteri saya) berzina dengan orang lain.

Memang perkara sebegini sangat melukakan hati saya, itu darah daging saya, zuriat saya, saya tak terima dengan kenyataan tak masuk akal sebegini. 

K-online

Post a Comment

0 Comments