Mayat kembali bangun, laporan doktor tersilap mengatakan mayat sudah meninggal dunia

 

India: Seorang lelaki kemalangan motosikal dan meninggal dunia dilaporkan kembali hidup ketika doktor mahu menjalankan bedah siasat ke atasnya, kata pegawai perubatan itu.

Lelaki yang berusia 27 tahun itu berasal dari Mahalingapur negeri Karnataka telah terlibat kemalangan jalan raya dan dihantar ke hospital swasta dalam keadaan kritikal, selepas itu mangsa diisytihar meninggal dunia oleh doktor.

Selepas itu keluarga mangsa memindahkan mayat ke hospital kerajaan untuk menjalankan post mortem terhadap mayat.

Ahli keluarga lelaki itu mendakwa ahli patologi merasai kelainan selepas melihat mayay bergerak bila diletakkan di atas meja bedah siasat. (Autopsi)

Para doktor mengesahkan kejadian itu dan memindahkan mangsa ke wad kecemasan untuk bantuan.

Difahamkan, doktor di hospital swasta membuat penilaian yang teruk dan buruk selepas memindahkang mangsa dari ventilator dan terus mengisytiharkan kematian.

Keluarga terbabit difahamkan belum membuat laporan rasmi mengenai kejadian itu.

Sumber: Sinar

Artikel lain: (Video) - Gunung Berapi Sinabung Meletus, Jejas Udara Tidak Sihat di Malaysia 

Post a Comment

0 Comments