Mayat pembantu kedai dijumpai hampir reput di dalam bilik oleh ahli keluarga.

 

Mayat seorang pembantu kedai dijumpai telah meninggal dunia dua hari yang lalu di Kemaman, Kuala Terengganu. Pemuda tersebut tinggal bersama 5 ahli keluarga lain termasuk abang dan kakak iparnya.

Mayat ditemui ketika keluarga mangsa memanggil beliau untuk makan tengah hari  pada pukul 1.30 petang. Semasa mengetuk pintu, keluarga mangsa telah menghidu bau busuk daripada bilik mangsa. Pintu bilik di buka dan didapati mangsa terlantar dan badan mangsa kelihatan bengkak dan tengah mengalami proses pereputan. 

Hasil daripada bedah siasat, didapati mangsa telah meninggal selama dua hari. Tetapi ahli keluarga tidak mengetahui hal tersebut kerana mereka tidak menyedari ketiadaan mangsa. Punca kematian belum dikenal pasti. Mayat tersebut telah dihantar ke bahagian forensik untuk bedah siasat. 

Mangsa merupakan seorang lelaki bujang berusia 38 tahun. Menurut jiran mangsa Nurzakiah Ismail (41), mangsa amat mesra dengan kanak-kanak dan sangat rajin membersihkan longkang. Cuma sudah dua hari tidak melihat kelibatnya membersihkan longkang sebelum ditemui sudah meninggal dunia. 

Sumber:Konline

Post a Comment

0 Comments