Mendebarkan!! Adat campak bayi dari bumbung masjid/kuil.

 



Video yang merakam adat mencampak bayi dari bumbung masjid atau kuil sangat mendebarkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Adat ini telah  berlangsung di sebuah kampung  Musti Solapur India. Menurut penduduk, adat ini sudah beratus tahun dijalankan selepas bayi-bayi di India tidak dapat hidup dengan lebih lama akibat penyakit.

Kemudian datang seorang pendeta mencadangkan mencampak bayi yang sakit dari bumbung kuil sambil berdoa kepada dewa supaya bayi tersebut sembuh. Selepas adat ini dilakukan, jangka hayat bayi di India meningkat. Oleh itu, adat ini diteruskan sehingga ke hari ini. Adat tersebut turut dilakukan oleh orang Islam di kampung tersebut dengan mencampakkan bayi dari bumbung masjid.

Sebenarnya, jika difikirkan bukan adat yang menyelamatkan bayi-bayi ini, tetapi kemajuan teknologi kesihatan dan penambah baikan fasiliti kesihatan setiap tahun menyebabkan jangka hayat bayi bertambah dan risiko jangkitan penyakit berkurang. Namun, masyarakat memang sukar berpisah dengan adat. Mereka tetap percaya kaedah mencampak bayi daripada bumbung rumah ibadat memberi kesejahteraan, kekuatan dan kesembuhan pada bayi-bayi mereka. 

Tengok video  di bawah ni, gayat kot. Lihatlah wajah bayi  tersebut lepas dicampak, menangis takut. 

Sumber: national geographic Indonesia

Post a Comment

0 Comments