Operator kilang penunggang motorsikal Kawasaki Ninja 650 maut selepas digilis lori membawa muatan tembikai.

 

Mohammad Heri Hero Mazari Roslan berusia 33 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari rumah bapanya di Bandar Cheneh Baru. Dia begitu teruja menunggan motorsikal Kawasaki Ninja 650 milik bapanya. Dalam masa yang sama, sebuah lori yang membawa muatan tembikai sedang dalam perjalanan dari arah bertentangan. 

Tiba-tiba salah satu tayar lori tersebut pecah dan menyebabkan pemandu lori hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan jalan.  Lori tersebut menuju ke arah motorsikal yang ditunggang Muhammad Heri Hero namun dia tidak sempat mengelak lalu merempuh lori tersebut.

Muhammad Heri Hero mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian pada pukul 7.50 malam di kilometer 157 jalan Jerangau-Jabor. Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat Muhammad Heri Hero dihantar ke Unit Forensik Hospital untuk bedah siasat. Pemandu lori akan disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987







Sumber:k!online

Post a Comment

0 Comments