Pemandu mabuk tidak mengaku bersalah kerana menyebabkan kematian Muhammad Akmal Hakim

 

Kuantan Pahang - Seorang penganggur didakwa di mahkamah majistret Kuantan pada khamis (harini) selepas menyebabkan kematian seorang pekerja kilang di Jalan Sungai Lembing pada Isnin lalu.

K Mandave Singh 25, mengaku tidak bersalah terhadap Hakim selepas dibacakan pertuduhan ke atasnya.

Tertuduh yang beralamat di bandar Tambun Ipoh memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza telah melanggar Muhammad Akmal Hakim Misnan sehingga menyebabkan kematian.

Tertuduh juga didakwa kerana minum alkohol melebihi kadar dalam darah sewaktu memandu.

Mandave didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Sungai Lembing pada jam 1.10 pagi berhampiran kedai Chop Seng Fong.

Tertuduh didakwa di bawah seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan boleh dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun serta denda tidak lebih RM100,000.

Timbalan pendakwa raya Nasrul Hadi Abdul Ghani menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin beserta beberapa syarat tambahan dengan melaporkan diri di balai, gantung lesen dan passport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun peguam bela mewakili Mandave Farah Naz Kumar memohon ikat jamin dikurangkan kepada rm10,000 kerana anak guamnya tidak bekerja.

Majistret Nor Izzati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin.

Tertuduh juga diarah menyerahkan passport kepada mahkamah, gantung lesen dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 23 April depan sebagai sebutan kes semula.

Sumber: Sinar

Post a Comment

0 Comments